Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Staf bagi mengiktiraf dan menghargai komitmen dan pencapaian cemerlang kakitangan di UPSI. Pencalonan anugerah terbuka kepada semua kakitangan UPSI mengikut kategori dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pada tahun 2013, Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) telah diamanahkan untuk mengendalikan pemilihan penerima Anugerah Pengajaran, Anugerah Ahli Akademik Harapan dan Anugerah Tokoh Akademik bersempena Anugerah Kecemerlangan Staf UPSI. Bermula pada tahun 2014, BPAQ hanya mengendalikan pemilihan penerima Anugerah Pengajaran, dan Anugerah Ahli Akademik Harapan manakala proses pemilihan penerima Anugerah Tokoh Akademik telah diambil alih oleh Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA).
Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh BPAQ bagi memberi pendedahan dan membantu calon-calon penerima anugerah bagi menyediakan dokumen-dokumen yang perlu untuk menyertai majlis anugerah ini.


