Pengenalan
Kajian Tinjauan Tamat Pengajian (Exit Survey) merupakan kajian yang dijalankan bagi mendapat maklumbalas aspek kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pusat tanggungjawab (PTj) yang berkaitan sepanjang tempoh pengajian pelajar di UPSI. Ia dilaksanakan ke atas pelajar semester akhir program pengajian.
Objektif
• Memberikan satu mekanisma petunjuk kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PTj yang berkaitan.
• Membantu PTj membuat penambahbaikan ke arah pengurusan universiti yang lebih baik.


