Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Kakitangan untuk mengiktiraf dan menghargai komitmen dan pencapaian kakitangan yang cemerlang di UPSI. Pencalonan anugerah terbuka kepada semua kakitangan UPSI mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Pada 2013, Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) telah diamanahkan untuk mengendalikan pemilihan penerima Anugerah Pengajaran, Anugerah Ahli Pakar Akademik dan Anugerah Pencapaian Akademik bersempena dengan Anugerah Kecemerlangan Kakitangan UPSI. Bermula pada tahun 2014, BPAQ hanya mengendalikan pemilihan penerima Anugerah Pengajaran, dan Harapan Pakar Akademik, sementara proses pemilihan penerima Anugerah Pencapaian Akademik telah diambil alih oleh Persatuan Staf Akademik (PEKA).

Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh BPAQ untuk memberikan pendedahan dan membantu calon yang memenangi anugerah untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menyertai upacara anugerah.