HEBAHAN PENGISIAN PENILAIAN PEMBELAJARAN & EXIT SURVEY UNTUK PROGRAM DIPLOMA SEMESTER 2 SESI 2021/2022 (E212)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

2. Untuk makluman Y.Brs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, Penilaian Pembelajaran merupakan satu mekanisme penilaian yang dilaksanakan bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan PdP dan mengenal pasti pengalaman pelajar semasa mengikuti kursus di UPSI. Penilaian ini perlu diisi oleh setiap pelajar pada akhir semester serentak dengan Exit Survey.

3. Sehubungan itu, pihak Pusat Pembangunan Akademik (PPA) memohon agar semua kakitangan akademik dapat memaklumkan kepada pelajar masing-masing supaya mengisi Penilaian Pembelajaran & Exit Survey mulai minggu ke-11 kuliah iaitu mulai 21 Mac hingga 1 Mei 2022.

4. Kerjasama daripada semua kakitangan akademik adalah amat diperlukan bagi memastikan SEMUA pelajar mengisi Penilaian Pembelajaran & Exit Survey dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Maklum balas Penilaian Pembelajaran & Exit Survey oleh semua pelajar dapat membantu pensyarah dalam penambahbaikan berterusan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan kepada pelajar di UPSI.

Kerjasama dan perhatian Y.Brs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *