Lonjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 telah menggariskan pembelajaran dalam talian ke tahap global yang bertujuan untuk meluaskan akses pendidikan, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, mengurangkan kos penyampaian dan menonjolkan IPT Malaysia di arena antarabangsa di samping memupuk pembelajaran sepanjang hayat khususnya dalam kalangan warga Malaysia.
Bagi merealisasikan Lonjakan Ke-9 PPPM (PT), setiap IPT di Malaysia adalah dicadangkan untuk menawarkan Massive Open Online Course (MOOC).
MOOC dilihat dapat menyediakan sistem penyampaian kursus yang cekap, meningkatkan kecemerlangan IPT dalam bidang tujahan serta kepakaran dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub perdana pendidikan.
Penawaran MOOC di UPSI telah bermula pada 2015 dengan tiga kursus iaitu Computer Architecture and Organization, Pembangunan Blog dan Laman Web, dan Kanak-kanak Berkeperluan Khas.
Sehingga 2018, sebanyak 13 kursus telah ditawarkan dan didaftarkan di bawah MOOC.
Terdapat 3 jenis kursus yang boleh ditawarkan secara MOOC iaitu:
– Kursus Umum
– Kursus Tujahan (nic)
– Kursus Kemahiran (Pembelajaran Sepanjang Hayat



