Pengenalan
Penilaian Kursus oleh pelajar diadakan setiap akhir semester. Penilaian Kursus ini diadakan dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan PdP. Mengikut Pelan Strategik UPSI, universiti perlu memantau kualiti pensyarah dalam melaksanakan PdP dengan melihat peratusan pensyarah mendapat skor 80% ke atas
Objektif
• Memberikan satu mekanisma petunjuk prestasi kepada pencapaian peratusan pensyarah mendapat skor 80% ke atas.
• Membantu pihak-pihak tertentu seperti Bahagian Komunikasi Korporat dan fakulti serta jabatan untuk memantau dan menyemak semula pelaksanaan aktiviti PdP ke arah pencapaian peratusan pensyarah mendapat skor 80% ke atas.


