Course Learning Outcome Monitoring (CLOM)
Pengenalan
Salah satu keperluan akreditasi MQA adalah penambahbaikan kualiti secara berterusan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengorak langkah dalam memantau program pengajian di UPSI dengan mendapatkan petunjuk prestasi kepada pencapaian hasil pembelajaran program melalui pencapaian hasil pembelajaran kursus. Sistem CLOM (Course Learning Outcomes Monitoring) telah diperkenalkan mulai Semester 1 Sesi 2010/2011 untuk menilai hasil pembelajaran kursus. CLOM memberikan indeks pencapaian bagi setiap hasil pembelajaran sesuatu kursus dan juga indeks keseluruhan bagi kursus tersebut.
Objektif
● Memberikan satu mekanisma petunjuk prestasi kepada pencapaian hasil pembelajaran kursus dan seterusnya program.
● Membantu pihak-pihak tertentu seperti fakulti dan jabatan untuk memantau dan menyemak semula penjajaran konstruktif PdP ke arah pencapaian hasil pembelajaran kursus yang lebih baik.


