Pengenalan
Pada setiap minggu ke-8 pengkuliahan pada setiap semester, pensyarah bagi setiap kursus perlu memantau pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pemantauan boleh dibuat melalui sistem pemantauan minggu ke-8 pengkuliahan secara dalam talian melalui Portal MyGuru.
Objektif
Membantu pensyarah memantau perjalanan kursus dari aspek kedatangan pelajar, prestasi akademik pelajar, proses keseluruhan PdP dan kemahiran insaniah pelajar dengan lebih sistematik.


