PENGISIAN PENILAIAN PEMBELAJARAN & EXIT SURVEY UNTUK PROGRAM DIPLOMA SESI 2022/2023 (E221)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

2. Untuk makluman Y.Brs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, Penilaian Pembelajaran merupakan satu mekanisme penilaian yang dilaksanakan bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan PdP dan mengenal pasti pengalaman pelajar semasa mengikuti kursus di UPSI. Penilaian ini perlu diisi oleh setiap pelajar pada akhir semester serentak dengan Exit Survey.

3. Sehubungan itu, pihak Pusat Pembangunan Akademik (PPA) memohon agar semua kakitangan akademik dapat memaklumkan kepada pelajar masing-masing supaya mengisi Penilaian Pembelajaran dan Exit Survey mulai 31 Oktober 2022 hingga 08 Disember 2022.

4. Kerjasama daripada semua kakitangan akademik amatlah diperlukan bagi memastikan SEMUA pelajar mengisi Penilaian Pembelajaran dan Exit Survey dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Maklum balas Penilaian Pembelajaran dan Exit Survey oleh semua pelajar dapat membantu  pensyarah dalam penambahbaikan berterusan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di UPSI.

Kerjasama dan perhatian Y.Brs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.Close

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *