PENGISIAN LAPORAN PEMANTAUAN MINGGU KE-8 BAGI PROGRAM DIPLOMA SEMESTER 1 SESI 2022/2023 (E221)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

2.   Dimaklumkan bahawa pengisian Laporan Pemantauan MingguKe-8 akan dibuka secara online melalui portal MyGuru kepada semua tenaga pengajar dan pensyarah program Diploma Semester 1 Sesi 2022/2023 (E221) mulai 10 hingga 23 Oktober 2022.

3.   Sehubungan itu, semua tenaga pengajar dan pensyarah yang berkaitan perlu mengisi laporan berkenaan supaya Ketua Jabatan/Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) dapat membuat pengesahan laporan pemantauan yang diisi dalam tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan garis masa (timeline) pada jadual seperti berikut:

Minggu/TarikhProsesTindakan
Minggu8 & 9 (10 – 23 Oktober 2022)Pengisian Laporan PemantauanPensyarah/Tenaga Pengajar
Minggu 10 & 11 (24 Oktober – 6 November 2022)Ketua Jabatan Approve atau Reject dan Penambahbaikan Laporan Pemantauan (untuk kursus yang di Reject sahaja)Ketua Jabatan/Penyelaras/ Tenaga Pengajar
Minggu 12(Mulai 7 November 2022)Sistem ditutup sepenuhnya
 

4.   Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan juga dimohon untuk memastikan:

i.Ketua Jabatan dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) mengesahkan laporan yang telah diisi oleh tenaga pengajar dan pensyarah di jabatan masing-masing (Ketua Jabatan dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) WAJIB mengisi ulasan pada bahagian komen terhadap laporan Pemantauan Mingguke-8 sebelum mengesahkan laporan tersebut).

ii.Ketua Jabatan dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) memantau tenaga pengajar dan pensyarah yang masih belum mengisi laporan ini.

iii.Penambahbaikan Laporan Pemantauan oleh tenaga pengajar dan pensyarah boleh dibuat selepas Ketua Jabatan memberi status Rejected kepada penulisan laporan Pemantuan Mingguke-8 tersebut sehingga mingguke-11.

iv.Selepas Tarikh 6 November 2022, sistem Pemantauan Mingguke-8akan ditutup sepenuhnya. Sebarang permohonan pengisian laporan Pemantauan Mingguke-8 tidak akan dipertimbangkan.

5.       Sekiranya Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan mengalami sebarang masalah untuk mengisi laporan pemantauan seperti ulasan tidak berjaya disimpan atau maklumat yang telah diisi hilang,  Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh terus membuat aduan melalui email kepada: myguru@ict.edu.my dan Cc kepada: ppa@upsi.edu.my (untuk tujuan rekod aduan).

Segala kerjasama dan perhatian Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berkenaan perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *