PPA Contact Person During EMCO

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selaras dengan pengumuman pengoperasian sepenuhnya Staf Bekerja dari Rumah (BDR) bermula daripada 17 Mei 2021 hingga 21 Mei 2021, semua warga UPSI perlu bekerja dari rumah (BDR)/ WFH sebagai langkah proaktif bagi mengekang penularan wabak COVID-19 kecuali staf yang terlibat dengan perkhidmatan penting dan kritikal pada jumlah yang minimum tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan.

Sehubungan itu, kakitangan UPSI yang mempunyai urusan berkaitan dengan fungsi-fungsi PPA seperti perkara-perkara berikut boleh menghubungi PPA dengan merujuk kepada senarai nama dan no. telefon seperti poster yang disertakan. Fungsi dan tugas-tugas di bawah Pusat Pembangunan Akademik adalah seperti berikut:

  • Pemantauan Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcome Monitoring – CLOM)
  • Penjajaran Konstruktif (Contructive Alignment – CA)
  • Sistem Pelaporan Berasaskan Hasil Pendidikan (Outcome Based Education Reporting System – OBERS)
  • Perundingan Semakan Kurikulum
  • Perundingan Program Baharu
  • Program 2U2I/3U1I
  • Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM)
  • Penilaian Pembelajaran (PP) (Learning Evaluation)
  • Pemantauan Minggu Ke-8 (Week-8 Monitoring)
  • Tinjauan Tamat Pengajian (Exit Survey)
  • Teaching, Learning, Assessment and Supervision (TLAS)
  • Kursus Pensijilan Pembelajaran dan Pengajaran Pensyarah Baharu UPSI (Kursus PdP)
  • Massive Open Online Courses (MOOC) /Credit Transfer MOOC
  • Pembelajaran Teradun (Blended Learning)
  • Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikukum dan Penyampaian Inovatif (AKRI)
  • Anugerah Akademik Negara (AAN)
  • Anugerah Akademia UPSI (A2U)
  • Kurikulum Boleh Lentur dan Organik (Flexible and Organic Curriculum)
  • Micro Credentials
  • Pembelajaran Jam Pelajar (Student Learning Time – SLT)
  • Pencapaian Course Learning Outcome (CLO)/Programme Learning Outcome (PLO)/Programme Educational Objectives (PEO)
  •  Penyampaian Transformatif (Transformative Delivery)
  • Pembelajaran Dalam Talian (Online Learning)
  • Pembelajaran Hibrid (Hybrid Teaching)
  • Pembelajaran Teradun Gantian (Substitution Blended Learning)

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *