PENGISIAN LAPORAN PEMANTAUAN MINGGU KE-8 BAGI PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2022/2023 (A221)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

2. Dimaklumkan bahawa pengisian Laporan Pemantauan Minggu Ke-8 akan dibuka secara online melalui portal MyGuru kepada semua tenaga pengajar dan pensyarah program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 (A221) mulai 12 hingga 25 Disember 2022.

3. Sehubungan itu, semua tenaga pengajar dan pensyarah yang berkaitan perlu mengisi laporan berkenaan supaya Ketua Jabatan/Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) dapat membuat pengesahan laporan pemantauan yang diisi dalam tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan garis masa (timeline) pada jadual seperti berikut:

Minggu/TarikhProsesTindakan
Minggu 8 & 9 (12 – 25 Disember 2022)Pengisian Laporan PemantauanPensyarah/Tenaga Pengajar
Minggu 10 (26 Disember 2022 –1 Januari 2023)Ketua Jabatan Approve atau RejectKetua Jabatan/Penyelaras
Minggu 11 (2 – 8 Januari 2023)Penambahbaikan Laporan PemantauanPensyarah/Tenaga Pengajar

4. Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan juga dimohon untuk memastikan:

i.Ketua Jabatan dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) mengesahkan laporan yang telah diisi oleh tenaga pengajar dan pensyarah di jabatan masing-masing (Ketua Jabatan dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) WAJIB mengisi ulasan pada bahagian komen terhadap laporan Pemantauan Minggu ke-8 sebelum mengesahkan laporan tersebut).

ii.Ketua Jabatan dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) memantau tenaga pengajar dan pensyarah yang masih belum mengisi laporan ini.

iii.Penambahbaikan Laporan Pemantauan oleh tenaga pengajar dan pensyarah boleh dibuat selepas Ketua Jabatan memberi status Rejected kepada penulisan laporan Pemantuan Minggu ke-8 tersebut sehingga minggu ke-11.

iv.Selepas tarikh 8 Januari 2023, sistem Pemantauan Minggu ke-8 akan ditutupsepenuhnya. Sebarang permohonan pengisian laporan Pemantauan Minggu ke-8 tidak akan dipertimbangkan.

5. Sekiranya Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan mengalami sebarang masalah untuk mengisi laporan pemantauan seperti ulasan tidak berjaya disimpan atau maklumat yang telah diisi hilang,  Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh terus membuat aduan melalui email kepada: myguru@ict.edu.my dan Cc kepada: ppa@upsi.edu.my (untuk tujuan rekod aduan).

Segala kerjasama dan perhatian Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berkenaan perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *