MQA Laksana Sesi Ujilari Sistem APEL.Q
Sesi Awal Ujilari Sistem APEL.Q telah dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 4 Februari 2026 di Galeri MQA, Cyberjaya dengan penglibatan sembilan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Sesi ini bertujuan untuk menguji fungsi serta menilai keperluan sistem sebelum pelaksanaan penuh, di samping mengumpul maklum balas awal bagi penambahbaikan Sistem APEL.Q.
