Konsep Mod Pengajian 3u1i
- Dikenali sebagai mod pengajian industri iaitu penggabungan pembelajaran di dalam dan di luar kampus
- Mod Pengajian ini menggambarkan 3 tahun pengajian di dalam kampus dan 1 tahun pembelajaran di industri.
- Mod pengajian ini menggabungkan elemen yang terdapat dalam pendidikan berintegrasikan kerja (Work Integrated Education-WIE), pembelajaran berasaskan kerja (Work Nased Learning-WBL) dan pembelajaran berintegrasikan kerja (Work Integrated Learning -WIL).
Ciri-ciri:
- Pendidikan sistematik di industri yang menjadikan tempat kerja sebagai ruang pembelajaran.
- Pengalaman kerja yang berstruktur yang mana para pelajar didedahkan dengan suasana kerja sebenar semasa program pengajian dijalankan.
- Kerjasama industri dalam pembangunan dan penyampaian kurikulum bagi mencapai hasil pembelajaran program (PLO).



