MQA Laksana Sesi Ujilari Sistem APEL.Q

Sesi Awal Ujilari Sistem APEL.Q telah dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 4 Februari 2026 di Galeri MQA, Cyberjaya dengan penglibatan sembilan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Sesi ini bertujuan untuk menguji fungsi serta menilai keperluan sistem sebelum pelaksanaan penuh, di samping mengumpul maklum balas awal bagi penambahbaikan Sistem APEL.Q.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengadakan Sesi Ujilari Sistem APEL.Q pada 4 Februari 2026 bertempat di Galeri MQA, Cyberjaya. Sesi ini bertujuan untuk memastikan Sistem APEL.Q MQA berfungsi dengan baik serta memenuhi keperluan permohonan dan penilaian APEL.Q sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

Sesi ujilari ini telah disampaikan oleh Puan Ainil Nilam, wakil daripada MQA, yang memberikan penerangan berkaitan fungsi, aliran proses serta keperluan penggunaan Sistem APEL.Q kepada para peserta.

Melalui sesi ini, PPT berpeluang menguji sistem secara langsung, menilai aspek kebolehgunaan serta mengemukakan maklum balas awal berkaitan fungsi dan reka bentuk sistem. Maklum balas yang diterima akan dimanfaatkan bagi tujuan penambahbaikan berterusan, selaras dengan usaha MQA untuk memperkukuh pelaksanaan APEL.Q secara menyeluruh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *