Pengenalan AAN

Anugerah Akademik Negara (AAN) adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyajung ahli akadeik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus unutk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di Institut Pendidikan Tertinggi (IPT) Malaysia berdasarkan sumbangna mereka dalam:

  • Pengajaran
  • Penemuan ilmu
  • Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
  • Pemindahan dan pengembangan ilmu

AAN adalah berdasarkan hadiah/pengiktirafan yang telah dicapai dengan memilih yang terbaik dari yang terbaik di dalam bidang masing-masing.

Penilaian bagi setiap kategori dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih yang dianggotai oleh pakar-pakar daripada IT, tokoh-tokoh daripada sektor swasta serta individu-individu yang pakar dalam bidang masing-masing.

Ahli panel pemilih adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, dilantik sebagai individu dan BUKAN mewakili institusi masing-masing.

Proses penilaian untuk mencari calon terbaik di kalangan terbaik (best of the best) dilaksanakan secara profesional tanpa melihat atau memberatkan universiti masing-masing.