1.0 Tujuan

Memohon perhatian dan pertimbangan Y.Bhg Pengarah Pusat Pembangunan Akademik untuk meluluskan pelaksanaan sesi perkongsian penerima Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia : Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2018 Siri 1/2019 dengan menggunakan peruntukan belanja mengurus PPA sebanyak RM 2460.00

2.0 Pengenalan

2.1 Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia : Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI)

2.1.1 Anugerah ini bertujuan untuk mengenl pasti, memberi pengikitirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta insiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam TIGA kategori berikut :

  1. Anugerah Kurikulum Program Pengajian Inovatif

  • Anugerah ini bertujuan menganl pasti program-program pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang telah dirombak dan dijenamakan semula secara inovatif sehingga berjaya menghasilkan kumpulan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi

    2. Anugerah Pengajaran Transformatif

  • Anugerah ini terbahagi kepada 2 sub-kategori iaitu Tanpa Syarahan dan Pentaksiran Alternatif

    3. Anugerah Pengajaran Imersif

  • Anugerah ini terbahagi kepada 3 sub-kategori iaitu Imersif Maya, Imersif Teradun dan Imersif Bersemuka

2.1.2 Sehubungan itu, bagi menyediakan calon akademik ke pencalonan AKRI, PPA telah menggariskan beberapa insiatif dalam menyebarkan maklumat berkenaan keperluan pencalonan dan juga memberikan pendedahan dan latihan bagi kakitangan akademik yang berminat. Sesi perkongsian ini merupakan salah satu insiatif yang dilakukan oleh PPA untuk penyediaan calon ke AKRI dan juga anugerah-anugerah yang berkaitan.

2.1.3 Selain itu, PPA juga berharap dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat motivasi dalam diri akademik UPSI untuk menambahbaik proses PdP masing-masing dan secara khususnya dalam mengungguli anugerah tersebut sesuai dengan hasrat UPSI untuk menjadi Universiti No 1 Pendidikan.

3.0 Objektif Program

3.1 Menyediakan platform sesi perkongsian di antara penerima anugerah AKRI dan para Akademi UPSI.

3.2 Memberi pendedahan berkenaan amalan baik inisiatif PdP daripada penerima anugerah AKRI kepada para Akademik di UPSI.

3.3 Melatih dan melahirkan kakitangan akademik yang berdaya maju, kreatif dan berinovasi dalam PdP mereka dan secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan relevan dengan perkembangan pendidikan semasa.

4.0 Pelaksanaan 

4.1 Tentatif 

Tarikh        : 9 April 2019 (Selasa)

Masa         : 9.30 pagi – 4.30 petang

Tempat     : Bilik Latihan 2, Block C, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Jemputan : Dr Adibah Abd Latif, UTM

Penerima Tempat Pertama

Anugerah Pengajaran Transformasi (Pentaksiran Alternatif)

4.2 Tentatif Program

Masa

Perkara

9.30 -10.30 pagi

Sesi Perkongsian Pentaksiran Alternatif 

10.30 pagi

Minum Pagi

11.00 -12.30 tengah hari

Sesi Perkongsian Pengalaman Penerima Anugerah Pengajaran Transformatif (Pentaksiran Alternatif)

12.30 tengah hari  – 2.30 petang

Rehat dan Makan Tengahari (Penceramah)

2.30 – 4.30 petang

Bengkel ‘hands-on’ Pentaksiran Alternatif

4.30 petang

Minum Petang dan bersurai

4.3 Senarai Peserta

4.3.1 Setiap fakulti dan pusat diminta untuk menamakan sekurang-kurangnya 5 orang wakil daripada setiap fakulti untuk hadir ke bengkel ini

4.3.2 Anggaran peserta 55 orang pensyarah (5 wakil x 11 fakulti dan pusat)

4.4 Anggaran Peruntukan

No

Perkara

Anggaran Kos (RM)

Jumlah (RM)

1.

Penceramah

1.1 Kos Penerbangan

500.00 (2 hala) x 1 orang

500.00

1.2 Kos Penginapan

200.00/malam x 2 malam

400.00

1.3 Honororium

200.00 x 5 jam

1000.00

2.

Makan dan Minum

2.1 Penceramah dan Urusetia

Minum Pagi : 6.00 x 5 orang

30.00

Makan Tengah Hari : 12.00 x 5 orang

60.00

Minum Petang : 6.00 x 5 orang

30.00

2.2 Peserta

Minum Pagi : 4.00 x 55 orang

220.00

Minum Petang : 4.00 x 55 orang

220.00

Jumlah

RM 2460.00

*anggaran peruntukan ini adalah berdasarkan jumlah peserta yang akan dijemput. Jumlah sebenar adalah berdasarkan respon kehadiran sebenar peserta bagi bengkel yang akan dianjurkan ini

5.0 Syor

Y.Bhg Pengarah Pusat Pembangunan Akademik dimohon untuk mempertimbang dan meluluskan pelaksanaan sesi perkongsian penerima Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia : Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2018 Siri 1/2019 dengan menggunakan peruntukan belanja mengurus PPA sebanyak RM2460.00