Berikut merupakan syarat penyertaan bagi Anugerah Pengajaran AAN:
- Pemohon telah disahkan dalam jawatan sebagai tenaga pengajar sekurang-kurangnya 10 tahun di IPT.
- Pencalonan mestilah dibuat oleh IPT. Hanya seorang pemohonan sahaja dibenarkan bagi setiap kelompok.
- Seorang pemenang boleh menerima anugerah ini sekali seumur hidup.
- Pemohon yang tidak berjaya pada tahun berkenaan tidak layak untuk memohon pada tahun hadapan.
- Setiap permohonan perlu disertakan dengan portfolio pengajaran dan cv yang lengkap.
- Pemohon hendaklah mendapat pengiktirafan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana-mana peringkat IPT.