Author Archive: ppawpupsi
ppawpupsi
February 10, 2026
Sesi Awal Ujilari Sistem APEL.Q telah dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 4 Februari 2026 di Galeri MQA, Cyberjaya dengan penglibatan sembilan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Sesi ini bertujuan untuk menguji fungsi serta menilai keperluan sistem sebelum pelaksanaan penuh, di samping mengumpul maklum balas awal bagi penambahbaikan Sistem APEL.Q.
ppawpupsi
February 10, 2026
Satu sesi taklimat dan perbincangan mengenai APEL.Q telah diadakan di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) UPSI bagi memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan serta potensi laluan alternatif kemasukan ke pengajian tinggi.
ppawpupsi
November 20, 2025
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menonjolkan komitmen terhadap pendidikan fleksibel melalui penyertaan dalam Pavilion Pendidikan Fleksibel sempena Festival of Idea Putrajaya 2025. Melalui reruai pameran dan sesi penerangan APEL.Q, UPSI memperkenalkan laluan pembelajaran alternatif yang mengiktiraf pengalaman kerja sebagai kelayakan akademik, sekali gus menyokong agenda pembelajaran sepanjang hayat dan perluasan akses kepada pendidikan tinggi di Malaysia.
ppawpupsi
October 27, 2025
UPSI terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pelaksanaan APEL.Q apabila seramai 17 penggiat seni profesional diterima masuk ke Program Sarjana Pengajian Persembahan di bawah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan. Kohort pertama ini terdiri daripada tokoh industri seperti Tomok, Datuk Hasniza Nordin, dan Amerul Affendi, yang kini bergelar mahasiswa sarjana melalui laluan berasaskan pengalaman kerja. Inisiatif ini membuka ruang inklusif bagi pengamal seni memperoleh pengiktirafan akademik formal atas sumbangan mereka dalam industri kreatif, selaras dengan komitmen UPSI memperkasa pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional dalam bidang seni.
ppawpupsi
October 27, 2025
UPSI melalui kerjasama antara AURORA dan Seksyen APEL, Pusat Pembangunan Akademik membuka peluang baharu kepada penggiat industri sukan dan rekreasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) melalui laluan APEL.Q. Inisiatif ini diperkenalkan sempena Konferensi Malaysian Outdoor Recreation and Education Conference (MOREC) 2025, yang menghimpunkan lebih 100 peserta dari dalam dan luar negara. Laluan ini membolehkan pengalaman kerja dalam bidang sukan dan rekreasi diiktiraf secara rasmi sebagai kelayakan akademik, sejajar dengan usaha UPSI memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional dalam industri.
ppawpupsi
October 27, 2025
UPSI melalui Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah mengadakan Taklimat Program APEL.Q bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Kuala Lumpur. Program ini memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan JKKN tentang laluan pengajian APEL.Q serta peluang pembiayaan pengajian di bawah Belanjawan 2025. Inisiatif ini membuka ruang kepada penjawat awam memanfaatkan pengalaman kerja untuk meningkatkan kelayakan akademik dan kemajuan kerjaya.
ppawpupsi
August 18, 2023
ppawpupsi
December 10, 2022
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, 2. Dimaklumkan bahawa pengisian Laporan Pemantauan Minggu Ke-8 akan dibuka secara online melalui portal MyGuru kepada semua tenaga pengajar dan pensyarah program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 (A221) mulai 12 hingga 25 Disember 2022. 3. Sehubungan itu, semua tenaga pengajar dan…
Read more
ppawpupsi
December 10, 2022
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, 2. Untuk makluman Y.Brs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, Penilaian Pembelajaran merupakan satu mekanisme penilaian yang dilaksanakan bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan PdP dan mengenal pasti pengalaman pelajar semasa mengikuti kursus di…
Read more
ppawpupsi
December 10, 2022
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, 2. Dimaklumkan bahawa pengisian Laporan Pemantauan MingguKe-8 akan dibuka secara online melalui portal MyGuru kepada semua tenaga pengajar dan pensyarah program Diploma Semester 1 Sesi 2022/2023 (E221) mulai 10 hingga 23 Oktober 2022. 3. Sehubungan itu, semua tenaga pengajar dan pensyarah…
Read more