SEKSYEN APEL PPA UPSI

APA ITU APEL?

APEL = Accreditation of Prior Experiential Learning
(Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu)

APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) adalah satu proses pengiktirafan pembelajaran yang diperoleh melalui pengalaman sebelum ini sama ada dari pengalaman kerja, kursus tidak formal atau pembelajaran kendiri yang setara dengan pembelajaran formal. Proses ini membolehkan individu memperoleh kelayakan akademik atau kredit pengajian tanpa perlu mengikuti keseluruhan program akademik secara konvensional.

CTA Image
CTA Image
CTA Image
CTA Image

KELEBIHAN APEL

PERTANYAAN

Pengiktirafan Pengalaman
Pengalaman kerja dan kemahiran diiktiraf sebagai nilai akademik yang sah.

Penjimatan Masa dan Kos
Tempoh pengajian lebih singkat melalui penilaian berasaskan pengalaman.

Fleksibel dan Relevan
Sesuai untuk golongan profesional yang ingin belajar sambil bekerja.

Peningkatan Kelayakan Kerjaya
Membuka peluang kenaikan pangkat dan pengiktirafan profesional.

BULETIN APEL

MQA Laksana Sesi Ujilari Sistem APEL.Q

Sesi Awal Ujilari Sistem APEL.Q telah dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 4 Februari 2026 di Galeri MQA, Cyberjaya dengan penglibatan sembilan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Sesi ini bertujuan untuk menguji fungsi serta menilai keperluan sistem sebelum pelaksanaan penuh, di samping mengumpul maklum balas awal bagi penambahbaikan Sistem APEL.Q.

Baca Lagi

UPSI Perkasa APEL.Q di Pavilion Pendidikan Fleksibel Sempena Festival of Ideas Putrajaya 2025

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menonjolkan komitmen terhadap pendidikan fleksibel melalui penyertaan dalam Pavilion Pendidikan Fleksibel sempena Festival of Idea Putrajaya 2025. Melalui reruai pameran dan sesi penerangan APEL.Q, UPSI memperkenalkan laluan pembelajaran alternatif yang mengiktiraf pengalaman kerja sebagai kelayakan akademik, sekali gus menyokong agenda pembelajaran sepanjang hayat dan perluasan akses kepada pendidikan tinggi di Malaysia.

Baca Lagi


CONTACT US

APEL Section, Center of Academic Development | Seksyen APEL, Pusat Pembangunan Akademik

1st Floor, Canselori Building, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjong Malim, Perak

Email : apel@upsi.edu.my

Phone Number : +605-450 6458


OPERATION HOUR


MONDAY - THURSDAY:
8.30AM - 12.30PM
2.30PM - 5.00PM

FRIDAY:
8.30AM - 12.15PM
2.45PM - 5.00PM