APA ITU APEL.C?

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit (APEL.C) merupakan satu proses penilaian terhadap pembelajaran tidak formal dan bukan formal seseorang individu berdasarkan pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman terdahulu. Melalui APEL.C, individu berpeluang mendapat pindah kredit bagi kursus dalam program pengajian yang sedang diikuti. Fokus utama APEL.C ialah menilai keupayaan individu menggunakan pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman bagi mencapai hasil pembelajaran kursus berkenaan.

FUNGSI APEL.C

  1. Memberi pengiktirafan kepada pembelajaran yang diperoleh melalui pengalaman kerja serta penyertaan dalam kursus pendek;
  2. Mengelakkan pengulangan pembelajaran bagi pelajar;
  3. Menggalakkan penyertaan golongan dewasa dalam program pengajian tinggi; dan
  4. Membantu mengurangkan kos serta tempoh masa pengajian.

Pusat Penilaian APEL.C UPSI Akan Dibuka!


CONTACT US

APEL Section, Center of Academic Development | Seksyen APEL, Pusat Pembangunan Akademik

1st Floor, Canselori Building, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjong Malim, Perak

Email : apel@upsi.edu.my

Phone Number : +605-450 6458


OPERATION HOUR


MONDAY - THURSDAY:
8.30AM - 12.30PM
2.30PM - 5.00PM

FRIDAY:
8.30AM - 12.15PM
2.45PM - 5.00PM