UPSI Perkasa APEL.Q di Pavilion Pendidikan Fleksibel Sempena Festival of Ideas Putrajaya 2025
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menonjolkan komitmen terhadap pendidikan fleksibel melalui penyertaan dalam Pavilion Pendidikan Fleksibel sempena Festival of Idea Putrajaya 2025. Melalui reruai pameran dan sesi penerangan APEL.Q, UPSI memperkenalkan laluan pembelajaran alternatif yang mengiktiraf pengalaman kerja sebagai kelayakan akademik, sekali gus menyokong agenda pembelajaran sepanjang hayat dan perluasan akses kepada pendidikan tinggi di Malaysia.




