APA ITU APEL.M?
a. Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Micro-Credentials (APEL.M) bertujuan menyediakan laluan alternatif kepada individu tanpa kelayakan formal untuk memenuhi keperluan akademik melalui pengalaman terdahulu. Melalui pendekatan ini, pelajar boleh mengumpul kelayakan mikro daripada kursus yang diikuti secara berasingan tanpa memerlukan kelayakan masuk formal, selaras dengan Garis Panduan Amalan Baik: Micro-credentials (2020).
b. Inisiatif ini menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan membolehkan pelajar menggunakan kelayakan mikro yang diperoleh untuk mencapai penganugerahan kelayakan akademik pada masa hadapan. Pelaksanaan APEL.M berpandukan dasar dan instrumen yang dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
KEBAIKAN APEL.M
Untuk Pelajar:
- Mengadakan pembelajaran sepanjang hayat.
- Akses kepada kelayakan lebih tinggi.
- Fleksibiliti dalam laluan akademik.
- Pembangunan portfolio profesional.
- Peningkatan keyakinan diri.
- Peningkatan kebolehpasaran.
- Penjimatan masa dan kos.
Untuk Institut Pendidikan Tinggi (IPT):
- Membudayakan pengalaman pengajaran dan pembelajaran.
- Menyokong perkembangan kurikulum.
- Menarik minat pelajar bukan aliran program konvensional.
Untuk Majikan:
- Meningkatkan motivasi pekerja.
- Penjimatan masa latihan.
- Penghasilan idea baru di tempat kerja.
- Pengurangan kos perekrutan dan latihan.
Untuk Negara:
- Mengadakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
- Peningkatan produktiviti.
- Meningkatkan daya saing negara.
- Mendapat pengiktirafan global.
- Penyelesaian pendidikan yang berpusatkan individu.
