Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kredit (APEL.C) merupakan satu proses penilaian terhadap pembelajaran tidak formal dan bukan formal seseorang individu berdasarkan pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman terdahulu. Melalui APEL.C, individu berpeluang mendapat pindah kredit bagi kursus dalam program pengajian yang diikuti. Fokus utama APEL.C ialah menilai keupayaan individu menggunakan pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman untuk mencapai hasil pembelajaran berkenaan.
FUNGSI APEL.C
Memberi pengiktirafan kepada pembelajaran yang diperoleh melalui pengalaman kerja serta penyertaan dalam kursus pendek;
Mengelakkan pengulangan pembelajaran bagi pelajar;
Menggalakkan penyertaan golongan dewasa dalam program pengajian tinggi; dan
Membantu mengurangkan kos serta tempoh masa pengajian.
Pusat Penilaian APEL.C UPSI Akan Dibuka!
HUBUNGI KAMI
Seksyen APEL, Pusat Pembangunan Akademik | Seksyen APEL, Pusat Pembangunan Akademik
Tingkat 1, Bangunan Canselori, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak