APA ITU APEL.A?

Accreditation of Prior Experiential Learning for Access (APEL.A) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan pengenalpastian, pendokumentasian dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu bagi tujuan kemasukan ke program pengajian di pelbagai peringkat di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

APEL.A memberi peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik formal atau kurang kelayakan untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kini, penilaian APEL.A dibuka bagi enam (6) tahap kemasukan berikut:

  1. APEL T-3 – Kemasukan ke program Sijil

  2. APEL T-4 – Kemasukan ke program Diploma

  3. APEL T-5 – Kemasukan ke program Diploma Lanjutan

  4. APEL T-6 – Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda / Diploma Siswazah / Sijil Siswazah

  5. APEL T-7 – Kemasukan ke program Ijazah Sarjana / Diploma Pascasiswazah / Sijil Pascasiswazah

  6. APEL T-8 – Kemasukan ke program Kedoktoran (PhD)

Pusat Penilaian APEL.A UPSI Akan Dibuka!


HUBUNGI KAMI

Seksyen APEL, Pusat Pembangunan Akademik | Seksyen APEL, Pusat Pembangunan Akademik

Tingkat 1, Bangunan Canselori, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

E-mel : apel@upsi.edu.my

Nombor Telefon : +605-450 6458


WAKTU OPERASI


ISNIN - KHAMIS:
8.30AM - 12.30PM
2.30PM - 5.00PM

JUMAAT:
8.30AM - 12.15PM
2.45PM - 5.00PM