Category

Description

Kurikulum Program Pengajian Inovatif

Anugerah kategori ini bertujuan mengenal pasti program-program pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang telah dirombak dan dijenamakan semula secara inovatif sehingga berjaya menghasilkan kumpulan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi 

Pengajaran Transformatif

i) Pengajaran Transformasi – Tanpa Syarahan
Sub-kategori ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti teknik pengajaran tidak berasakan syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif , terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar

ii)Pentaksiran Alternatif
Sub-kategori ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pentaksiran alternatif yang telah berjaya mentransformasikan penilaian hasil pembelajaran sesuatu kursus secara efektif. Terutamanya ke atas keterlibatan , kemahiran insaniah dan pencapaian pelajar

Pengalaman Pembelajaran Imersif

i)Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya
Sub-kategori ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan/aplikasi imersif maya (contoh: VR/AR/simulasi/e-learning) yang berupaya menyediakan pengalaman pembelajaran imersif yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar

ii)Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)
Sub-kategori ini bertujuan untuk megenal pasti persekitaran pengalaman pembelajaran imersif teradun yakni yang menggabungkan pembelajaran dalam talian dan bersemuka (contoh: Blended Learning/Flipping the Classroom) yang   memberikan impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian  pembelajaran pelajar

iii)Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka
Sub-kategori ini bertujuan untuk mengenal pasti model/pendekatan pengalaman pembelajaran imersif secara bersemuka yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar (contoh: Service-based Learning, Community-based Learning, Challenge-based Learning)