Kunjungan delegasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 16 Februari telah menjadi platform strategik perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan APEL serta pengurusan pembangunan akademik. Lawatan yang melibatkan 10 pegawai Pusat Pemindahan Ilmu & Pendidikan Berterusan ini membuka ruang perbincangan konstruktif mengenai APEL.Q, APEL.C serta perancangan penubuhan Pusat Penilaian APEL.A di UPSI, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi.






