SOALAN LAZIM APEL.Q
| Bil | Soalan | Jawapan | |||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Apa itu APEL.Q? | APEL bagi tujuan Penganugerahan Kelayakan Akademik (APEL.Q) merupakan kaedah penilaian terhadap ilmu yang diperoleh melalui pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup dan/atau himpunan kursus pendek, bagi membolehkan individu memperoleh kelayakan akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). | |||||||||||||||||||||
| 2 | Apakah perbezaan antara APEL.A dan APEL.C sedia ada dengan APEL.Q? |
APEL sedia ada merangkumi APEL (Access) yang digunakan bagi tujuan kemasukan ke PPT. Sementara itu, APEL.C atau APEL (Credit) pula bertujuan untuk mendapatkan pindahan kredit. Melalui pelaksanaan APEL.A dan APEL.C, individu yang memiliki pengalaman luas bukan sahaja berpeluang memasuki program di PPT, malah boleh memanfaatkan pengalaman tersebut untuk memperoleh pindahan kredit bagi kursus tertentu dalam program pengajian. Dengan ini, pelajar dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang lebih singkat. Bagi permohonan penilaian APEL.C, seseorang individu mestilah mempunyai status pelajar, iaitu telah berdaftar dalam program pengajian di PPT. |
|||||||||||||||||||||
| 3 | Bilakah APEL.Q mula dilaksanakan? | APEL.Q mula dilaksanakan pada Julai 2021. | |||||||||||||||||||||
| 4 | Siapakah yang akan melaksanakan penilaian APEL.Q terhadap pelajar? |
APEL.Q dilaksanakan sendiri oleh PPT ke atas pelajarnya, dengan syarat PPT tersebut telah memperoleh kelulusan daripada MQA untuk mengendalikan APEL.Q. Bagi memastikan kualiti penilaian terjamin, PPT hendaklah melaksanakan APEL.Q berasaskan Garis Panduan Amalan Baik: APEL.Q terbitan MQA, yang merangkumi dasar pengendalian APEL.Q serta panduan bagi pembangunan instrumen penilaian. |
|||||||||||||||||||||
| 5 | Adakah ditetapkan had umur untuk memohon APEL.Q? |
Tiada. APEL.Q tidak seperti APEL.A yang menetapkan had umur tertentu bagi setiap tahap pengajian. Namun begitu, APEL.Q menetapkan had minimum tahun pengalaman bagi setiap tahap pengajian seperti berikut:
Catatan: Pelajar yang tidak memenuhi tahun pengalaman kerja minimum tetapi mempunyai pengalaman pembelajaran yang bersesuaian boleh dipertimbangkan berdasarkan case by case oleh badan akademik tertinggi HEP (misalnya Senat). |
|||||||||||||||||||||
| 6 | Adakah APEL.Q hanya terhad kepada warganegara? | Tidak. Permohonan APEL.Q terbuka kepada semua sama ada berstatus warganegara atau antarabangsa. | |||||||||||||||||||||
| 7 | Bagaimanakah MQA akan memastikan semua pihak melaksanakan APEL.Q dengan betul? |
Pertamanya, beberapa keperluan perlu dipenuhi sebelum kelulusan diberikan: 1. Permohonan hanya dipertimbangkan bagi program yang telah memperoleh Akreditasi Penuh; 2. Pemohon mestilah PPT yang telah mendapat kelulusan APEL.C; 3. PPT perlu menghadiri bengkel APEL.Q yang dianjurkan MQA. Skop penilaian MQA meliputi: • sistem pengurusan dan kemudahan di PPT; • kemampuan membina dan melaksanakan instrumen penilaian APEL.Q. Keduanya, MQA juga memantau pelaksanaan melalui lawatan akreditasi dan audit institusi. |
|||||||||||||||||||||
| 8 | Bolehkah kolej, kampus cawangan atau anak syarikat mengguna pakai kelulusan PPT induk? | Tidak boleh. Setiap institusi perlu memohon APEL.Q secara berasingan kerana mempunyai Senat masing-masing. | |||||||||||||||||||||
| 9 | Adakah proses rayuan bermaksud semakan terhadap keputusan penilaian APEL.Q? | Ya. Proses rayuan hanya melibatkan semakan semula terhadap keputusan gagal, dan tidak merangkumi penghantaran bukti tambahan atau pelaksanaan semula penilaian. | |||||||||||||||||||||
| 10 | Bolehkah PPT meminda amaun fi pelajar bagi proses APEL.Q? | Boleh. Penetapan fi adalah kuasa PPT dan tidak perlu dirujuk kepada MQA. | |||||||||||||||||||||
| 11 | Apakah kebaikan APEL.Q? |
1. Menamatkan pengajian lebih cepat. 2. Menggalakkan golongan bekerja meningkatkan kelayakan. 3. Mengiktiraf pembelajaran luar sistem formal. 4. Mengelakkan pembelajaran berulang. 5. Berpotensi mengurangkan kos pengajian. 6. Menjadikan pendidikan tinggi lebih fleksibel dan setanding negara maju. 7. Memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat. 8. Membantu mewujudkan masyarakat berilmu bagi pembangunan ekonomi dan sosial. 9. Menyumbang kepada pembangunan modal insan melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran. |
