KAEDAH PENILAIAN APEL.Q
1) Penilaian Portfolio
Portfolio ialah dokumen formal yang mengandungi kompilasi bukti bertulis atau direkodkan, berkaitan pengalaman pembelajaran terdahulu dalam tempoh tertentu.
2) Field and Validation Visit (FVV)
FVV bertujuan menilai dan mengesahkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang sesuai. Aktiviti ini dijalankan di tempat kerja pelajar atau mana-mana lokasi yang kondusif dan sesuai, membolehkan pelajar menunjukkan pembelajaran mereka dalam konteks pekerjaan tertentu.
3) Challenge Test
Challenge Test ialah ujian standard yang dijalankan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT), dalam bentuk pemeriksaan bertulis, penilaian produk dan/atau prestasi, termasuk penilaian lisan yang menyeluruh.
4) Kursus Capstone
Kursus Capstone ialah kursus yang menggabungkan hasil pembelajaran utama program dan menunjukkan bahawa pelajar telah menguasai teras disiplin pengajian. Ia biasanya ditawarkan di penghujung pengajian dan merangkumi satu set kursus tahap tinggi, projek tahun akhir, disertasi, dan sebagainya.
