Sesi Taklimat dan Perbincangan APEL.Q Bersama NCDRC UPSI

Satu sesi taklimat dan perbincangan mengenai APEL.Q telah diadakan di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) UPSI bagi memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan serta potensi laluan alternatif kemasukan ke pengajian tinggi.

Satu sesi taklimat dan perbincangan mengenai Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualification (APEL.Q) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sesi ini telah disampaikan oleh wakil daripada Seksyen APEL PPA UPSI, Dr Shuradi.

Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan konsep, pelaksanaan serta potensi APEL.Q sebagai laluan alternatif kemasukan ke pengajian tinggi berdasarkan pengalaman pembelajaran terdahulu. Pengarah NCDRC, Profesor Madya Dr. Mazlina, bersama pasukan beliau menunjukkan minat yang tinggi untuk memahami APEL.Q dengan lebih mendalam, khususnya berkaitan peluang dan prospek klien NCDRC yang berpotensi memanfaatkan kaedah penilaian ini.

Secara keseluruhan, sesi ini dilihat sebagai langkah awal yang positif ke arah kerjasama strategik antara NCDRC dan Seksyen APEL PPA UPSI dalam memperluaskan pelaksanaan APEL.Q serta memberi nilai tambah kepada komuniti profesional yang berkaitan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *