APA ITU APEL.M?
a. Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Micro-Credentials (APEL.M) bertujuan menyediakan laluan alternatif kepada individu tanpa kelayakan formal untuk memenuhi keperluan akademik melalui pengalaman terdahulu. Melalui pendekatan ini, pelajar boleh mengumpul micro-credentials daripada kursus yang diikuti secara berasingan tanpa memerlukan kelayakan masuk formal, selaras dengan Garis Panduan Amalan Baik: Micro-credentials (2020).
b. Inisiatif ini menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan membolehkan pelajar menggunakan micro-credentials yang diperoleh bagi mencapai penganugerahan kelayakan akademik pada masa hadapan. Pelaksanaan APEL.M berpandukan dasar dan instrumen yang dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
KEBAIKAN APEL.M
Untuk Pelajar:
- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
- Akses kepada kelayakan lebih tinggi.
- Fleksibiliti dalam laluan akademik.
- Pembangunan portfolio profesional.
- Peningkatan keyakinan diri.
- Peningkatan kebolehpasaran.
- Penjimatan masa dan kos.
Untuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT):
- Membudayakan pengalaman pengajaran dan pembelajaran.
- Menyokong perkembangan kurikulum.
- Menarik minat pelajar bukan aliran program konvensional.
Untuk Majikan:
- Meningkatkan motivasi pekerja.
- Penjimatan masa latihan.
- Penghasilan idea baru di tempat kerja.
- Pengurangan kos perekrutan dan latihan.
Untuk Negara:
- Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
- Peningkatan produktiviti.
- Meningkatkan daya saing negara.
- Mendapat pengiktirafan global.
- Penyelesaian pendidikan yang berpusatkan individu.

