APA ITU APEL.A?

Accreditation of Prior Experiential Learning for Access (APEL.A) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan pengenalpastian, pendokumentasian dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu bagi tujuan kemasukan ke program pengajian di pelbagai peringkat di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

APEL.A memberi peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tidak memiliki kelayakan akademik formal atau kurang kelayakan untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Kini, penilaian APEL.A dibuka bagi enam (6) tahap kemasukan berikut:

  1. APEL T-3 – Kemasukan ke program Sijil

  2. APEL T-4 – Kemasukan ke program Diploma

  3. APEL T-5 – Kemasukan ke program Diploma Lanjutan

  4. APEL T-6 – Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda / Diploma Siswazah / Sijil Siswazah

  5. APEL T-7 – Kemasukan ke program Ijazah Sarjana / Diploma Pascasiswazah / Sijil Pascasiswazah

  6. APEL T-8 – Kemasukan ke program Kedoktoran (PhD)


CONTACT US

APEL Section, Center of Academic Development | Seksyen APEL, Pusat Pembangunan Akademik

1st Floor, Canselori Building, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjong Malim, Perak

Email : apel@upsi.edu.my

Phone Number : +605-450 6458


OPERATION HOUR


MONDAY - THURSDAY:
8.30AM - 12.30PM
2.30PM - 5.00PM

FRIDAY:
8.30AM - 12.15PM
2.45PM - 5.00PM