APA ITU APEL.Q?
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan (APEL.Q) merupakan satu proses penilaian terhadap pembelajaran yang diperoleh seseorang individu melalui pengalaman terdahulu, sama ada secara formal, tidak formal atau bukan formal. Penilaian ini bertujuan mengiktiraf pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh bagi membolehkan individu tersebut dianugerahkan kelayakan akademik bagi program yang dipohon.
Fokus utama APEL.Q ialah menilai keupayaan individu menggunakan pembelajaran daripada pengalaman untuk mencapai hasil pembelajaran atau badan pengetahuan yang ditetapkan bagi sesuatu program pengajian.
SYARAT KELAYAKAN
Terbuka kepada individu, sama ada warganegara atau bukan warganegara, yang mempunyai pengalaman kerja relevan sekurang-kurangnya bagi tempoh minimum yang ditetapkan dan mestilah berumur 18 tahun ke atas
TAHUN PENGALAMAN BAGI KELAYAKAN
Tahap MQF
Sektor Akademik
Tempoh Minimum Pengalaman Bekerja dalam Bidang Berkaitan
3
Sijil
5 Tahun
4
Diploma
10 Tahun
5
Diploma Lanjutan
12 Tahun
6
Sarjana Muda
15 Tahun
7
Sarjana
20 Tahun
8
Doktor Falsafah
25 Tahun
| Tahap MQF | Sektor Akademik | Tempoh Minimum Pengalaman Bekerja dalam Bidang Berkaitan |
|---|---|---|
| 3 | Sijil | 5 Tahun |
| 4 | Diploma | 10 Tahun |
| 5 | Diploma Lanjutan | 12 Tahun |
| 6 | Sarjana Muda | 15 Tahun |
| 7 | Sarjana | 20 Tahun |
| 8 | Doktor Falsafah | 25 Tahun |
PROGRAM YANG DITAWARKAN
PROGRAM YANG DITAWARKAN
- Diploma Keusahawanan – Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
- Sarjana Kajian Persembahan – Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
PROGRAM YANG SEDANG JALANI UJIAN RINTIS
- Doktoral Pendidikan (Kepimpinan dan Dasar Pendidikan) – Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
- Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) – Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
PROGRAM DALAM PROSES KELULUSAN LALUAN APEL.Q
- Sarjana Penadidikan (Bahasa Melayu) – Fakulti Bahasa dan Komunikasi
- Sarjana Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) – Fakulti Bahasa dan Komunikasi
- Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) – Fakulti Bahasa dan Komunikasi
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan – Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
- Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak – Fakulti Pembangunan Manusia
- Sarjana Pendidikan Khas – Fakulti Pembangunan Manusia
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) – Fakulti Sains Kemanusiaan
- Sarjana Pendidikan (Psikologi) – Fakulti Pembangunan Manusia
- Sarjana Pendidikan (Multimedia) – Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi
