1. | Apakah komponen yang boleh diubah dalam Proforma? Terdapat tujuh (7) komponen yang boleh diubah dalam Proforma iaitu kaedah penyampaian dan pentaksiran, isi kandungan kursus, pengagihan jam pembelajaran peajar (SLT), keperluan khas, rujukan dan maklumat lain. |
2. | Apakah komponen yang tidak boleh diubah dalam Proforma? Komponen yang tidak boleh diubah dalam Proforma iaitu nama dan kod kursus, sinopsis, jam kredit hasil pembelajaran kursus (CLO) dan pemberat CLO. |
3. | Mengapa SLT dalam Proforma perlu diubah bagi Semester A192? Sebelum PKP, PdP telah berjalan selama 5 minggu dan terdapat baki 9 minggu lagi bagi semester ini. Berdasarkan senario semasa dijangkakan pendekata F2F yang dirancang sebelum semester bermula tidak dapat dilaksanakan, Oleh itu semua kaedah F2F yang dirancang sebelum ini perlu digantikan dengan kaedah PdP yang bersesuaian dengan keperluan pelajar sama ada secara dalam talian (berbentuk segerak, synchronous atau tidak segerak, asynchronous) atau secara jarak jauh tanpa talian. |
4. | Apakah tarikh perubahan SLT dalam Proforma boleh dibuat bagi Semester A192? Mengikut Garis Masa (Timeline) PdP Semasa Covid-19, tempoh yang diberikan sehingga 17 Mei 2020. |
5. | Adakah perubahan SLT ini perlu disahkan oleh Ketua Jabatan? Ya, perubahan yang dibuat di dalam Proforma seperti SLT, perubahan jenis aktiviti PdP, pentaksiran dan sebagainya perlu disahkan oleh Ketua Jabatan melalui Mesyuarat yang diadakan. |
6. | Bagaimana perubahan kaedah pembelajaran perlu dilakukan seperti SLT dalam Proforma? Sebelum perubahan dilakukan, pensyarah perlu mendapatkan maklumat terlebih dahulu tentang keperluan pelajar melalui soal selidik. Daripada hasil analisis ini, pensyarah kursus perlu merancang untuk membuat perubahan, kaedah penyampaian atau jenis pentaksiran yang melibatkan perubahan SLT. |
7. | Bagi pembelajaran secara asynchronous, jika rakaman pembelajaran telah ada sebelum ini, bolehkah digunakan semula. Jika rakaman selama 3.5 minit adalah boleh dikira 1/2 jam SLT? Boleh digunakan semula. |
8. | Bagaimana untuk mengira SLT jika menggunakan kaedah Whatsapp/ Telegram ketika melaksanakan pengajaran dalam talian dan apakah kaedah yang boleh digunakan ketika pengajaran atau ujian secara dalam talian? Jika menggunakan Whatsapp/Telegram ianya diambilkira sebagai asynchronous. Pensyarah perlulah mengenalpasti adakah ia adalah guided atau nonguided learning dan mengambilkira jangkaan pelajar dapat menjawab soalan yang diberi oleh pensyarah. Sila rujuk kaedah yang boleh digunakan bagi pengajaran atau pentaksiran dalam talian seperti panduan yang disediakan oleh pihak PPA di ppa.upsi.edu.my. |
9. | Bagaiamana hendak menganggarkan tempoh SLT bagi pendekatan synchronous? 1 jam secara synchronous bersamaan 1 jam kuliah bersemuka. |
10. | Bagaimana cara untuk mengemaskini SLT dan persediaan untuk Peperiksaan Akhir? Jumlah SLT bagi komponen setiap topik dan penaksiran akhir boleh diubah sesuai mengikut keperluan kursus berkenaan. Walau bagaimanapun jumlah SLT bagi komponen yang mengukur CLO adalah kekal. Peperiksaan akhir yang bersemuka sebelum ini boleh diubah kepada Take Home Exam, Open Book Exam, Projek Khas atau Online Exam. Komponen ini perlu dijalankan pada minggu peperiksaan iaitu minggu 15 -17. Bagi penilaian seperti Online Exam dan Open Book Test, pensyarah perlu mengambilkira tentang capaian internet pelajar, kesahan, keselamatan dan kebolehpercayaan pelaksanaannya. |
11. | Bagaimana hendak mentaksir Domain Psikomotor contohnya mengukur kebolehan pelajar dalam bermain piano, gitar dan sebagainya di mana pelajar tidak mempunyai peralatan di rumah? Bagi kursus yang memerlukan penilaian atau pengukuran kemahiran yang spesifik seperti menggunakan alat yang khusus dan hasil pembelajaran tidak dapat dicapai walaupun pada kadar 70%, pelajar digalakkan untuk menangguh kursus tersebu. Atau penawaran kursus ditangguhkan jika pelajar tidak dapat mengikuti kursus tersebut. Penawaran kursus boleh dibuat setelah pelajar kembali semula ke universiti. |
12. | Bagi kursus-kursus gunaan (applied), adakah dibenarkan penukaran domain psikomotor kepada domain lain? Tidak dibenarkan. |
13. | Semasa pelaksanaan PdP bagi minggu ke -6 dan seterusnya bagi Semester A192, adakah ia masih tertakluk dengan jadual kuliah asal ataupun pensyarah boleh menyesuaikan masa dengan pelajar atau di atas persetujuan bersama dengan pelajar? Ya, masih tertakluk kepada jadual waktu asal, yang melibatkan kuliah secara synchronous. Namun begitu sekiranya ada persetujuan antara pensyarah dan pelajar maka penyesuaian masa pensyarah-pelajar dibolehkan. |
14. | Dari segi pembelajaran secara F2F, siapakah yang mendefinisikan bahawa synchronous adalah pertemuan bersemuka? Berdasarkan Majlis Meja Bulat Pusat e-pembelajaran IPTA (MEIPTA), pendekatan secara synchronous adalah pembelajaran bersemuka secara dalam talian. (Dalam Proforma dirujuk pada kategori Others bagi komponen Guided dan bukan Lecture kerana Lecture merujuk pertemuan bersemuka secara fizikal). Rujuk nota perkongsian Pengemaskinian Proforma yang disediakan oleh PPA dan poster/video tentang pengajaran synchronous/ asynchronous di laman web PPA, ppa.upsi.edu.my. |
15. | Bagi kursus program kaunseling, terdapat kursus yang melibatkan praktikal, makmal dan amali yang memerlukan sesi kaunseling dengan klien, adakah terdapat cadangan kepada pensyarah sebagai panduan? Bagi program yang mendapat pengiktirafan badan profesional, perkara berkenaan perlu dirujuk kepada badan pengiktirafan berkenaan contoh Badan Profesional Kaunselor dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). |
16. | Apakah kategori pendekatan PdP sekiranya menggunakan Google Hangout Meet? Google Hangout Meet adalah kategori synchronous, ia adalah bersemuka secara dalam talian. (Dalam Proforma dirujuk pada kategori Others bagi komponen Guided dan bukan Lecture kerana Lecture merujuk pertemuan bersemuka secara fizikal). Rujuk nota perkongsian Pengemaskinian Proforma yang disediakan oleh PPA dan poster/video tentang pengajaran synchronous/ asynchronous di laman web PPA, ppa.upsi.edu.my. |
17. | Adakah pengajaran secara rakaman dibenarkan? Ya, ia dibenarkan dan dalam kategori Guided Learning Tidak Bersemuka. Sila rujuk poster/video tentang pengajaran synchronous/ asynchronous di laman web PPA, ppa.upsi.edu.my bagi tempoh rakaman yang akan dibuat. |
18. | Jika kuliah diadakan secara synchronous, adakah perlu mengikut jadual kuliah sedia ada? Ya, perlu mengikut jadual kuliah sedia ada. Namun begitu sekiranya ada persetujuan antara pensyarah dan pelajar maka penyesuaian masa pensyarah-pelajar dibolehkan. |
19. | Adakah pembelajaran secara synchronous dan asynchronous perlu mengikut norma pembelajaran secara bersemuka pada bahagian SLT dalam Proforma? Ya, pembelajaran yang dijalankan secara synchronous dikategorikan sebagai Others (F2F) manakala asynchronous dikategorikan sebagai Guided Learning NF2F dalam Proforma. |
20. | Adakah dibenarkan pengurangan jumlah SLT kepada pelajar ketika pelaksanaan PdP dalam tempoh pandemik ini? Boleh, pelajar dibenarkan mencapai sekurang-kurangnya 70% SLT bagi pencapaian hasil pembelajaran mengambil kira keadaan dan keperluan pelajar dalam mengikuti sesi PdP yang dirancang. Namun begitu tiada pengurangan SLT dibenarkan dalam penyediaan ProForma. |
21. | Bagaimana pemantauan pelajar boleh dilakukan ketika pembelajaran? Pemantauan perlu dibuat terhadap penglibatan pelajar bagi aktiviti yang dirancang dan/atau pencapaian pelajar melalui platform yang telah dipersetujui seperti MyGuru, Google Classroom atau sebarang platform/aplikasi yang dipersetujui. Bagi pembelajaran tanpa talian pemantauan boleh dilakukan melalui hasil kerja yang yang dihantar atau pensyarah perlu sentiasa berhubung dengan pelajar untuk memastikan proses pembelajaran berlaku. |
22. | Sekiranya terdapat pelajar yang tiada capaian internet bagi mengikuti pembelajaran secara dalam talian, bagaimana cara untuk pelajar tersebut dapat mengikuti pembelajaran mereka? Pensyarah perlu menggunakan kaedah tanpa talian seperti SMS, menghantar bahan kuliah secara pos yang mengandungi teknologi berupa bahan bercetak atau thumb drive. Sila rujuk poster Remote Learning di laman web PPA, ppa.upsi.edu.my. |
23. | Bilakah universiti akan menjalankan soal selidik kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan pelajar bagi semester A192? Universiti telah menjalankan kajian bermula 27 April 2020 hingga 4 Mei 2020. Data kajian telah disalurkan kepada Pengurusan Fakulti untuk tindakan selanjutnya. |
24. | Adakah wajib untuk semua proses PdP menggunakan Video Conference sahaja atau boleh menggunakan platform lain seperti Youtube supaya pelajar boleh belajar mengikut masa masing-masing? Tidak wajib menggunakan Video Conference iaitu secara synchronous tetapi boleh memilih kaedah yang bersesuaian dengan keadaan pelajar. Penggunaan platform lain boleh digunakan namun perlu dikenalpasti adakah pelaksanaannya secara synchronous atau asynchronous. Sila rujuk poster/video tentang pengajaran synchronous/ asynchronous di laman web PPA, ppa.upsi.edu.my. |
25. | Adakah Proforma bagi minggu 6 -14 Semester A192 yang telah dikemaskini perlu dimuatnaik ke MyGuru bagi menggantikan Proforma sedia ada. Ya, perlu dimuatnaik kembali dalam MyGuru bagi menggantikan Proforma sedia ada serta dibincangkan dengan pelajar. |
26. | Atas pertimbangan apakah Blended Learning perlu diletakkan untuk F2F dalam Proforma? Blended Learning atau pembelajaran teradun yang dijalankan secara F2F synchronous (kategori Others) yang melibatkan penggunaan platform seperti Zoom, Google Hangout Meet, Microsoft Teams, Skype dan lain-lain yang dijalankan secara masa nyata. |
1. | Apakah jenis pentaksiran yang boleh menggantikan peperiksaan akhir? Peperiksaan akhir boleh ditukar dalam bentuk pentaksiran akhir yang berupa pentaksiran sumatif seperti Projek Khas, Open Book Exam, Take Home Exam atau Online Exam. Bagi penilaian seperti Online Exam dan Open Book Test, pensyarah perlu mengambilkira tentang capaian internet pelajar, kesahan, keselamatan dan kebolehpercayaan pelaksanaannya. Pensyarah perlu memastikan semua prosedur dipatuhi jika penilaian akhir dilaksanakan. |
2. | Adakah dibenarkan untuk membuat perubahan terhadap pentaksiran akhir seperti pemberat, SLT dan kaedah pentaksiran dalam Proforma? Tidak dibenarkan perubahan kepada pemberat bagi semua komponen pentaksiran. Perubahan yang dibenarkan adalah daripada aspek SLT mengikut topik walaubagaimanapun jumlah masa agihan SLT mengikut CLO adalah kekal. Perubahan lain yang dibenarkan ialah kaedah pentaksiran yang dijalankan sama ada secara bersemuka atau tidak bersemuka secara dalam talian atau secara tanpa talian. |
3. | Mengapa rubrik tidak boleh diberikan kepada pelajar bagi pelaksanaan Pentaksiran Akhir (Final Asessment)? Ini adalah kerana pentaksiran akhir (Final Assessment) yang dilaksanakan secara pentaksiran sumatif bagi menggantikan peperiksaan akhir yang tidak memerlukan maklumbalas. Contohnya Projek Khas, rubriknya tidak diberikan kepada pelajar kerana ia adalah pentaksiran akhir. Ini berbeza dengan pentaksiran berterusan (Continuous Assessment) yang memerlukan pensyarah memberikan maklumbalas secara berterusan terhadap penglibatan/ prestasi pelajar. |
4. | Bolehkah tajuk Projek Khas/ Tugasan Khas yang menggantikan Peperiksaan Akhir diberi pada tarikh tertentu? Boleh. Tajuk Projek Khas/ Tugasan Khas yang menggantikan Peperiksaan Akhir perlu diberikan dalam minggu peperiksaan akhir dan pelajar diberikan tempoh masa tertentu untuk menyiapkan projek khas/tugasan khas yang diberi. |
5. | Adakah soalan tugasan yang menggantikan Peperiksaan Akhir perlu divetting? Ya, soalan untuk tugasan yang menggantikan Peperiksaan Akhir perlu melalui proses vetting di peringkat Jabatan. |
6. | Bolehkah Tugasan Berkumpulan diubah kepada Tugasan Individu? Boleh, selagi CLO kursus dapat diukur. Ia bergantung kepada komponen yang hendak diukur oleh CLO, sekiranya CLO mengukur kerjasama maka kerja berkumpulan perlu diteruskan. |
7. | Sekiranya Peperiksaan Akhir ditukar kepada Projek Khas, bolehkah diganti dengan ulasan buku atau artikel? Boleh, tetapi perlu mengambilkira domain kognitif yang hendak diukur oleh CLO kursus. |
8. | Apakah bentuk Tugasan Khas? Bentuk Tugasan Khas berkait dengan kursus serta bidang ilmu program masing-masing, tetapi ia perlu menggambarkan keseluruhan topik yang dipetakan kepada CLO berkenaan sebagaimana yang dirancang dalam Proforma. |
9. | Berapa lamakah tempoh masa yang perlu diberi kepada pelajar untuk membuat Tugasan Khas? Tempoh masa yang diberi berdasarkan kepada tahap kesukaran soalan yang dibina merujuk kepada CLO kursus yang hendak diukur dan dicapai. Dicadangkan satu (1) hingga tiga (3) hari. |
10. | Pada minggu ke-15, semua pelajar akan diberi dan membuat Tugasan Khas secara serentak dan berkemungkinan akan ada yang bertindih. Pihak manakah yang akan mengkoordinasi tarikh-tarikh? Pihak BHEA akan mengkoordinasikan tarikh-tarikh di mana jadual peperiksaan akan dikeluarkan pada minggu ke-11 dan semua maklumat tentang pentaksiran akhir perlu diberikan kepada BHEA. |
11. | Bagaimana penentuan SLT untuk Tugasan Khas? Penentuan SLT bergantung kepada pemberat CLO yang merangkumi SLT bagi pentaksiran akhir dan jumlah jam SLT bagi aktiviti PdP yang dipetakan kepada CLO tersebut. Maka penentuan SLT bagi Tugasan Akhir mestilah sejajar dengan tugas yang diberi bagi mencapai CLO. |
12. | Bagaimana menghalang pelajar dari menduduki/menyiapkan Pentaksiran Akhir jika ada pelajar yang tidak terlibat dalam sesi PdP? Pensyarah perlu merujuk Panduan dan Peraturan Akademik sedia ada bagi menghalang pelajar menduduki/menyiapkan pentaksiran akhir. Panduan Pengendalian PdP oleh MQA perlu juga dirujuk di mana ia menggariskan keperluan pelajar memenuhi sekurang-kurangnya 70% SLT bagi CLO kursus untuk melayakkan pelajar diberi kredit sesuatu kursus yang diikuti. Proses peringatan kepada pelajar kali pertama sehingga kali ketiga perlu dibuat sebelum pelajar dihalang untuk menduduki/menyiapkan Pentaksiran Akhir. |
13. | Adakah pensyarah perlu mengekalkan SLT sebanyak 120 jam bagi kursus 3 jam kredit? Bukankah pihak MQA membenarkan untuk mengurangkan SLT sebanyak 20 hingga 30%? Ya, SLT kekal 120 jam bagi 3 jam kredit. Pihak MQA memberi kelonggaran sebanyak 20-30% kepada para pelajar untuk mencapai SLT yang ditetapkan bagi mencapai CLO kursus dengan mengambil kira keadaan para pelajar yang berbeza dari segala aspek di kampung halaman masing-masing. |
14. | Bagaimana hendak mengatasi masalah pelajar yang tiada komputer untuk menggunakan sesuatu aplikasi dalam pentaksiran? Sekiranya pelajar tidak mempunyai komputer maka tugasan perlu dibuat secara bertulis yang kemudiannya dihantar kepada aplikasi MyGuru atau platform yang telah disediakan atau dipos kepada pensyarah. |
15. | Bolehkah pentaksiran akhir dijalankan dalam dua pendekatan iaitu majoriti pelajar melaksanakan open book exam manakala sekumpulan kecil pelajar melaksanakan Projek Khas kerana tiada akses internet? Pensyarah digalakkan hanya memilih satu bentuk pentaksiran sahaja bagi pentaksiran akhir kepada semua pelajar supaya penilaian lebih adil dan saksama. |
16. | Bagaimana kita hendak menilai pelajar kerana terdapat pelbagai bentuk pentaksiran di dalam Proforma? Pentaksiran dirancang untuk mentaksir pencapaian satu-satu CLO kursus. Pentaksiran berbeza bagi mengukur CLO yang berbeza yang biasanya berdasarkan domain pembelajaran yang berbeza. |
17. | Bagaimana untuk menggantikan bentuk-bentuk pentaksiran yang digunakan sebelum ini? Pensyarah boleh mengekalkan bentuk pentaksiran yang dirancang sebelum ini bagi mengukur CLO tertentu. Namun, jika pensyarah ingin membuat perubahan bentuk pentaksiran contohnya Peperiksaan Akhir kepada Projek Khas, pensyarah perlu memastikan Projek Khas tersebut dapat mengukur CLO yang hendak diukur, dan CLO kursus tidak boleh diubah dan perlu dikekalkan. |
18. | Adakah pensyarah perlu tukar Peperiksaan Akhir kepada bentuk pentaksiran dalam kategori Pentaksiran Akhir atau kepada projek kursus dalam kategori Pentaksiran Berterusan? Pensyarah perlu kekalkan pentaksiran dalam kategori pentaksiran akhir. |
19. | Untuk Open Book Test, Open Book Quiz dan Peperiksaan Dalam Talian, adakah penetapan SLT yang digunakan masih sama? Pemberat atau weightage bagi pentaksiran akhir perlu dikekalkan walaupun sebelum ini pensyarah memilih untuk membuat peperiksaan akhir. |
20. | Adakah proses moderasi markah masih dilaksanakan untuk pentaksiran akhir bagi kursus yang mempunyai lebih dari seorang pemeriksa? Proses moderasi markah pentaksiran akhir dijalankan sepertimana yang ditetapkan sebelum ini. |
21. | Adakah tugasan boleh diambil kira menggantikan SLT? Jika tugasan itu selari dengan pengajaran dan CLO, maka ia boleh diambilkira. |
22. | Adakah tugasan berkumpulan masih relevan? Ya, masih relevan,tapi pensyarah perlu menitik beratkan interaksi dan kerjasama antara pelajar perlu berlaku dan sentiasa memantau. |
23. | Bagaimanakah penilaian terhadap kemahiran boleh dibuat? Penialain terhadap kemahiran boleh dibuat melalui ujian secara berasingan atau secara dalam talian. |
24 | Jika aspek kemahiran belum selesai diajar, bagaimana penilaian boleh dibuat? Soalan untuk pentaksiran diperakukan pada minggu ke-9, dan penekanan perlu kepada pencapaian hasil pembelajaran dan bukan kepada menghabiskan sukatan pelajaran. |
25 | Bagi kursus ikhtisas, adakah dibolehkan penilaian ditangguh sehingga sukatan pelajaran dihabiskan? Penekanan perlu kepada pencapaian hasil pembelajaran dan bukan kepada menghabiskan sukatan pelajaran. Jika perlu pentaksiran ini ditangguhkan tetapi perlu difikirkan adakah ia mempengaruhi semester akan datang, tempoh bergraduat pelajar dan lain-lain lagi yang melibatkan kebajikan pelajar. |
26. | Adakah vetting soalan masih perlu dibuat sekiranya penilaian akhir ditukar menjadi pentaksiran akhir? Kaedah vetting soalan masih lagi dikekalkan dan perlu disertakan dengan rubrik. |
27. | Adakah perlu dikekalkan jumlah pemberatan sekiranya peperiksaan akhir diubah kepada pentaksiran akhir? Jumlah pemberatan komponen peperiksaan akhir adalah kekal, hanya kaedah pentaksiran yang berubah mengikut kesesuaian pelajar. |
28. | Adakah pensyarah perlu menggunakan platform yang spesifik untuk mengendalikan peperiksaan dalam talian? Pensyarah digalakkan menggunakan platform MyGuru atau aplikasi lain yang sesuai. Pensyarah perlu memaklumkan kepada pihak fakulti dan para pelajar.
|
1. | Dimanakah saya boleh semak jadual Webinar UPSI yang dianjurkan oleh PPA? Untuk menyemak jadual berkaitan dengan Webinar UPSI sila layari ppa.upsi.edu.my/webinar-list/ |
2. | Bolehkah saya dapatkan slaid daripada setiap penceramah dalam siri Webinar? Boleh. Slaid yang telah dipersetujui oleh setiap penceramah untuk dikongsikan bersama-sama dengan peserta lain akan diemel kepada setiap peserta atau boleh dilihat dengan melayari ppa.upsi.edu.my/webinar-list/ |
3. | Sekiranya saya berminat untuk menjadi penceramah Webinar UPSI, siapakah perlu saya hubungi? Hubungi Unit Inovasi PdP (UIPP) dan berurusan dengan Dr. Suliana (012-6725084), Cik Shariza (017-7873596) atau En. Syed (017-5230014) |
4. | Adakah penceramah Webinar UPSI diberi bayaran khas? Penceramah Webinar UPSI TIDAK diberikan sebarang bayaran tetapi surat lantikan akan dikeluarkan oleh Unit Latihan, BSM untuk LNPT. |
5. | Adakah mata CPD diberikan untuk penyertaan Webinar UPSI ini? Mata CPD hanya diberikan untuk Webinar UPSI yang bermula pada 29/4/2020 (fasa ke-2) dan seterusnya. |
6. | Bagaimanakah kedatangan Webinar UPSI diambil? Untuk kedatangan, peserta Webinar UPSI perlu menulis nama, fakulti, no pekerja dan emel di ruangan chat setiap kali sesi Webinar UPSI diadakan. |
7. | Bolehkah peserta memohon tajuk Webinar UPSI yang mereka ingini dan dirasakan bersesuaian dengan keperluan pada masa kini? Permohonan keperluan tajuk Webinar UPSI boleh dimohon kepada PPA dan kesesuaiannya akan dikaji.
|
1. | Bagi video asynchronous, bolehkah saya menggunakan PowToon sahaja bagi menyampaikan bahan pengajaran saya ? Boleh. Pengantaraan boleh juga terdiri dari (contoh) powerpoint, slaid, video clip dan sebagainya. |
2. | Bilakah masa yang sesuai untuk pelajar ikuti pembelajaran asynchronous ? Bila-bila masa mengikut kesediaan pelajar. |
3. | Apakah perbezaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) dengan Pembelajaran Teradun (Blended Learning, BL) yang telahpun dijalankan di UPSI? Umumnya BL yang dijalankan di UPSI adalah pembelajaran teradun sokongan (support) seperti flipped classroom, yang menggunakan formula 1:7:3:2 bagi mencapai minimum 30% BL. Manakala, PTG adalah pembelajaran teradun gantian (substitute) yang dijalankan secara dalam talian bagi menggantikan kelas secara fizikal. |
4. | Apakah contoh kaedah penyampaian PdP yang tidak memerlukan capaian internet (bandwidth) yang tinggi? Sebagai contoh, penggunaan aplikasi Whatsapp dan Telegram sering menjadi pilihan utama. Selain itu penggunaan telefon, emel dan voice note juga boleh digunakan. |
5. | Apa yang dimaksudkan dengan Remote Learning? Remote learning (RL) adalah PdP yang dijalankan apabila pensyarah dan pelajar dipisahkan dengan jarak tempat dan masa. RL boleh dijalankan secara dalam talian (internet) mahupun tanpa talian. |