BUKU STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Buku ini menyediakan maklumat asas tentang beberapa strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penyelidikan kepada guru pelatih dan pendidik bagi membolehkan mereka membuat pemilihan berinformasi dan/atau pengadaptasian bagi mengajar dengan berkesan. Buku ini dengan jelas memperincikan setiap strategi dan kaedah termasuk kebaikan, cara pelaksanaan, cabaran dan cadangan cara mengatasinya, dan penaksiran yang sesuai dijalankan. Cara melaksanakan strategi dan kaedah disertakan dengan carta alir bagi memudahkan lagi pembaca memahami bagaimana melaksanakan strategi dan kaedah tertentu. Terdapat sebelas jenis strategi dan kaedah yang berbeza yang rata-rata mempunyai ciri kreatif dan inovatif yang mementingkan penglibatan aktif dan pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar yang sangat diperlukan dalam membina modal insan abad ke-21.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian Pejabat Am PPA, 05-450 6457/ 6458.