Selasa, 19 September 2017

SOALAN LAZIM

  • Kategori: Uncategorised
  • Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 05:16
  • Ditulis oleh Super User
  • Jumlah paparan: 100

Kategori : MS ISO 9001:2005
   
1.
Apa itu MS ISO (International Organization for Standardization)?

  ISO ialah pertubuhan bukan kerajaan iaitu “International Organization for Standardization” yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

• Ditubuhkan pada 28 Februari 1947 dan kini mempunyai keahlian melebihi 100 buah negara. Setiap negara diwakili oleh badan pensijilan.
• ISO mempunyai lebih dari 180 jawatankuasa teknikal yang merangkumi pelbagai sektor industri dan produk. Jawatankuasa ini bermesyuarat setiap empat tahun untuk mewujud dan menyemak piawaian (standard).
• MS ISO 9001 ialah “Quality Management Systems” yang bertujuan menilai kemampuan organisasi memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu beberapa keperluan perlu dipatuhi.
   
2.
Apakah Keperluan MS ISO 9001:2008?

  Keperluan MS ISO 9001:2008 adalah disenaraikan seperti berikut:

• Penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan.
• Penekanan kepada peranan pengurusan atasan.
• Mengambil kira keperluan perundangan dan peraturan
• Pewujudan objektif yang boleh diukur peringkat tanda aras yang ditentukan.
• Pemantauan maklumat mengenai kepuasan/ketidakpuasan pelanggan sebagai kaedah pengukuran prestasi.
• Tumpuan kepada keupayaan sumber.
• Penentuan ke arah keberkesanan latihan.
• Pengukuran kepada sistem, proses dan produk.
• Analisis data prestasi yang terkumpul.
   
 3.  Dokumen Kualiti UPSI
 
UPSI akan melaksanakan dan mengekalkan satu sistem penentuan kualiti berteraskan MS ISO 9001:2008. Bagi tujuan ini UPSI menyediakan 5 jenis dokumen iaitu:

• Manual Kualiti
• Prosedur-prosedur Pengurusan Kualiti untuk aktiviti-aktiviti tertentu
• Prosedur Utama (SOP) yang menerangkan operasi utama dan sokongan
• Arahan Kerja, Garis Panduan dan Dokumen-dokumen sokongan
• Borang dan Laporan sebagai bukti implementasi

   
   
   

PAUTAN DALAMAN

   
  

 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti,
Aras 3, Bangunan Canselori,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +6 05-4506457/ 6458
Fax: +6 05-4594645

MEDIA SOSIAL