Sabtu, 23 September 2017

Piagam Pelanggan

  • Kategori: Malay
  • Diterbitkan: Jumaat, 06 Mei 2016 02:17
  • Ditulis oleh Super User
  • Jumlah paparan: 724

Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti komited dalam usaha membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar menjadi sebuah universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan yang berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global berasaskan penyelesaian masalah (solution-based) dan nilai tambah (value-based).

Kami berjanji akan memastikan :

BIL.  INDIKATOR SASARAN
1.  Auditan kualiti dalaman berkaitan pengurusan kualiti UPSI dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. 1 kali setahun
2.  Mesyuarat Majlis Kualiti UPSI dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun. 1 kali setahun
3.

 Maklumbalas/laporan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan berterusan diterima daripada
 PTj dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Mesyuarat Penutup berkaitan pengurusan kualiti. 

1 bulan
4.  Semakan ke atas dokumen dan maklumat berkaitan pengurusan kualiti dilakukan 2 kali setahun. 2 kali setahun
5.

 Semakan dokumen Kertas Kerja Akreditasi Penuh Program Pengajian (MQA-02) dilaksanakan dalam tempoh
 14 hari dari tarikh dokumen diterima daripada Fakulti.

14 hari
6.  Analisis pelan pembangunan professional dan bakat akademik UPSI dilakukan sekurang-kurangnya sekali
 setahun.
1 kali setahun
7.  Laporan Modul HELMS yang dijalankan disediakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tamat kajian 
 dijalankan.
1 bulan
8.  Maklumbalas terhadap aduan pelanggan diberikan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh aduan diterima. 1 hari
9.  Analisis maklumbalas/aduan pelanggan disediakan sekurang-kurangnya sekali setahun. 1 kali setahun
10.  Kajian Tinjauan Tamat Pengajian (Exit Survey) dilaksanakan pada Minggu Ke-11 pengkuliahan pada 
 setiap semester pengajian.
Minggu ke-11
11.  Kajian Penilaian Pembelajaran dilaksanakan mulai Minggu ke-11 pengkuliahan pada setiap semester
 pengajian.
Minggu ke-11
12.  Pemantauan penggunaan CTLD dilaksanakan mulai Minggu Pertama pengkuliahan Minggu Pertama
13.  Laporan-laporan Unit Kurikulum dan Inovasi Akademik dimuatnaik ke dalam laman web dalam tempoh 
 satu (1) hari dari tarikh kelulusan.
1 hari

 

PAUTAN DALAMAN

   
  

 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti,
Aras 3, Bangunan Canselori,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +6 05-4506457/ 6458
Fax: +6 05-4594645

MEDIA SOSIAL