Selasa, 19 September 2017

Latar Belakang

  • Kategori: Malay
  • Diterbitkan: Jumaat, 06 Mei 2016 01:37
  • Ditulis oleh Super User
  • Jumlah paparan: 177

Pusat Penjaminan Kualiti (PPQ) ditubuhkan pada 1 Oktober 2001 atas inisiatif Dato’ Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Ir. Mohd. Noor b. Haji Salleh, dengan persetujuan Lembaga Pengarah UPSI. Pusat ini diletak di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Profesor Dato’ Dr. Isahak Haron dilantik sebagai pengarahnya yang pertama.

Pada 1 November 2003, Prof. Madya Mohd Taib Ariffin telah dilantik sebagai Pengarah PPQ yang kedua bagi menggantikan Pengarah pertama yang tamat kontrak pada 31 Oktober 2003. Selaras dengan keperluan antarabangsa, PPQ telah mengorak langkah untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2000 ke seluruh UPSI.

Selaras dengan penjenamaan semula UPSI, PPQ telah dinaik taraf menjadi Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa pada 1 Oktober 2008. Prof. Nagendralingan Ratnavadivel masih dikekalkan sebagai pengarahnya untuk penggal keempat berturut-turut di samping dua orang Timbalan Pengarah iaitu Dr. Husni Ibrahim yang mengetuai Unit Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan Dr. Shakinaz Desa yang mengetuai Unit Polisi dan Kualiti. Di samping itu Unit Latihan Mengajar telah diletakkan di bawah Unit Polisi dan Kualiti dikenali sebagai Unit Latihan Amali dan Jalinan Industri di bawah Dr. Ikhsan Othman.

Pada 1 Mac 2015, BPAQ telah distruktur semula kepada 5 unit iaitu : Unit Pengurusan Kualiti, Unit Penyelidikan Berfokus, Unit Pembangunan Profesional dan Bakat, Unit Pentadbiran dan Kewangan dan Unit Teknologi Maklumat.

Unit Penyelidikan Berfokus telah dijenamakan semula kepada Unit Kurikulum dan Inovasi Akademik pada tahun 2015.

PAUTAN DALAMAN

   
  

 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Pembangunan Akademik & Kualiti,
Aras 3, Bangunan Canselori,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +6 05-4506457/ 6458
Fax: +6 05-4594645

MEDIA SOSIAL