PERKHIDMATAN

           

Piagam Pelanggan

Kategori: PENGENALAN Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 Ditulis oleh Super User

Pusat Pembangunan Akademik komited dalam usaha membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar menjadi sebuah universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan yang berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global berasaskan penyelesaian masalah (solution-based) dan nilai tambah (value-based).

Kami berjanji akan memastikan :

UNIT JAMINAN KUALITI AKADEMIK
1. Menyemak, menilai dan menyediakan laporan semakan Dokumen MQA-01 (Akreditasi Sementara) dan MQA-02 (Akreditasi Penuh) dalam tempoh 14 hari bekerja dokumen lengkap diterima.
 2. Menyemak dan menghantar Laporan Semakan Maklumbalas Penilaian Akreditasi Penuh MQA-02 ke Fakulti dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen diterima.
UNIT PERKEMBANGAN KURIKULUM
1. Penjajaran Konstruktif disemak dan diberi cadangan penambahbaikan dalam tempoh masa 7 hari bekerja.
UNIT INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.

Proses Kursus Pensijilan PdP Pensyarah Baharu UPSI diselesaikan dalam tempoh 5 bulan daripada tarikh kursus bermula.

UNIT PENILAIAN
1. Laporan Kajian Tinjauan Tamat Pengajian (Exit Survey) dimaklumkan kepada PTj dalam tempoh sebulan selepas tarikh akhir pengisian soal selidik oleh pelajar.
2. Keputusan Penilaian Pembelajaran boleh diperolehi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan diluluskan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Universiti (JKPU).
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
1. Cadangan dan aduan rasmi diberi maklum balas dalam tempoh 1 hari bekerja.
2. 85% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
3. Mengambil tindakan terhadap aduan/maklum balas berkaitan teknikal ICT Modul-Modul Online PPA sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

 

Jumlah paparan: 577

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan.

 

 

© Hakcipta 2017 Pusat Pembangunan Akademik
Paparan terbaik menggunakan Mozilla 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-4506457/ 6458 | Faks : 05-4594645

 

 Links: