PERKHIDMATAN

           

Carta Organisasi

Kategori: PENGENALAN
Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017
Ditulis oleh Super User

 

Carta Organisasi PPA

Piagam Pelanggan

Kategori: PENGENALAN
Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017
Ditulis oleh Super User

Pusat Pembangunan Akademik komited dalam usaha membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar menjadi sebuah universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan yang berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global berasaskan penyelesaian masalah (solution-based) dan nilai tambah (value-based).

Kami berjanji akan memastikan :

UNIT JAMINAN KUALITI AKADEMIK
1. Menyemak, menilai dan menyediakan laporan semakan Dokumen MQA-01 (Akreditasi Sementara) dan MQA-02 (Akreditasi Penuh) dalam tempoh 14 hari bekerja dokumen lengkap diterima.
 2. Menyemak dan menghantar Laporan Semakan Maklumbalas Penilaian Akreditasi Penuh MQA-02 ke Fakulti dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen diterima.
UNIT PERKEMBANGAN KURIKULUM
1. Penjajaran Konstruktif disemak dan diberi cadangan penambahbaikan dalam tempoh masa 7 hari bekerja.
UNIT INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.

Proses Kursus Pensijilan PdP Pensyarah Baharu UPSI diselesaikan dalam tempoh 5 bulan daripada tarikh kursus bermula.

UNIT PENILAIAN
1. Laporan Kajian Tinjauan Tamat Pengajian (Exit Survey) dimaklumkan kepada PTj dalam tempoh sebulan selepas tarikh akhir pengisian soal selidik oleh pelajar.
2. Keputusan Penilaian Pembelajaran boleh diperolehi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan diluluskan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Universiti (JKPU).
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
1. Cadangan dan aduan rasmi diberi maklum balas dalam tempoh 1 hari bekerja.
2. 85% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
3. Mengambil tindakan terhadap aduan/maklum balas berkaitan teknikal ICT Modul-Modul Online PPA sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

 

Objektif Kualiti

Kategori: PENGENALAN
Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017
Ditulis oleh Super User
 
OBJEKTIF KUALITI 
1.

Memastikan 98% pensyarah mendapat penilaian baik (sekurang-kurangnya 80%) dalam penilaian pembelajaran oleh pelajar untuk setiap semester (KPI UTAMA UPSI).

2. Sekurang-kurangnya 1 program dilaksanakan 2U21/3U11 (KPI INISIATIF).
3.

40% program melaksanakan iCGPA(KPI INISIATIF).

4.

Sekurang-kurangnya 80% pelajar berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

5. Sekurang-kurangnya 89% staf dan pelajar UPSI berpuas hati dengan persekitaran UPSI.
6. Memastikan 100% cadangan dan aduan rasmi diberi maklum balas dalam tempoh satu(1) hari bekerja.

Polisi/ Dasar Kualiti

Kategori: PENGENALAN
Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017
Ditulis oleh Super User

PPA beriltizam menjadi pusat yang memacu transformasi kebitaraan akademik dalam merevolusikan perubahan dalam
pendidikan menerusi pembangunan kurikulum, inovasi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan penilaian dan teknologi
pendidikan secara berterusan untuk memenuhi kehendakkehendak pihak berkepentingan yang ditetapkan dalam Sistem Pengurusan Kualiti UPSI MS ISO 9001:2015.

Visi dan Misi

Kategori: PENGENALAN
Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017
Ditulis oleh Super User


Visi

Menjadi pusat kecemerlangan yang berani dan dinamik dalam merevolusikan komuniti akademik

 

Misi

Menerajui kecemerlangan pendidikan transformative, dinamik dan bersepadu dengan memupuk amalan berimpak tinggi dan nilai-nilai dalam komuniti akademik UPSI

Matlamat  

Menyelaras pelaksanaan Kitaran Kualiti Akademik UPSI dan penambahbaikan berterusan bagi memastikan kualiti dan pengiktirafan program pengajian melalui audit dan penandaarasan.

Membangun dan mengembangkan kurikulum program akademik ke arah peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan aspirasi UPSI dan negara.

Memperkasa pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dalam kalangan akademia UPSI.

Memperkasa polisi dan strategi penilaian akademik selaras dengan keperluan dan aspirasi UPSI dan negara.

 



Lebih banyak artikel..

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan.

 

 

© Hakcipta 2017 Pusat Pembangunan Akademik
Paparan terbaik menggunakan Mozilla 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-4506457/ 6458 | Faks : 05-4594645

 

 Links: