PERKHIDMATAN

      

Aluan Pengarah

Kategori: PENGENALAN Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 Ditulis oleh Super User

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan  terima  kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari laman web Pusat Pembangunan Akademik (PPA), UPSI.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan informasi berkaitan dengan semua aspek perkhidmatan dan fungsi utama yang dilaksanakan di bawah PPA. Pusat ini diletakkan di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Melalui laman web ini, kami menyediakan maklumat berkaitan objektif, fungsi, struktur organisasi serta maklumat terkini program-program yang dilaksanakan oleh BPAQ.

PPA komited untuk memberikan kepuasan dan perkhidmatan terbaik bagi setiap aspek perkhidmatan yang dilaksanakan. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pendapat daripada para pengguna bagi memantapkan lagi pengurusan laman web ini.

Terima kasih.

Prof. Madya Dr. Syakirah Samsudin

(Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik (PPA), UPSI)

Jumlah paparan: 317

Hubungi Kami

 

Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Aras 3, Bangunan Canselori,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
   

Links: