Pengisian Penilaian Pembelajaran
Bagi program Diploma semester 2 Sesi 2018/2019 (E182), sejumlah 173 kursus ditawarkan termasuk kursus Praktikum.
Pengisian Penilaian Pembelajaran oleh pelajar bagi Program Diploma Semester 2 Sesi 2018/2019 (E182) akan dibuka mulai 28 Januari sehingga 17 Mac 2019.
Pelajar yang berada pada semester 5 dan ke atas perlu juga mengisi kajian Tinjauan Tamat Pengajian.
Kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan akhir tidak boleh dicetak.
Penjajaran Konstruktif
Pengenalan
Penjajaran konstruktif merujuk kepada prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta tugasan pentaksiran yang mengaitkan secara langsung hasil pembelajaran yang ingin dicapai dengan cara tidak lazim yang biasanya tidak boleh dicapai melalui kuliah tradisional, kelas tutorial dan peperiksaan. Memupuk graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang memerlukan transformasi serta anjakan minda dari segi reka bentuk kurikulum, aktiviti pembelajaran serta juga bentuk tugasan yang digunakan untuk pentaksiran.
Pendekatan pendidikan yang diamalkan di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia perlulah lebih menekankan kepada hasil pembelajaran yang menjurus kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran, adab dan sikap seperti yang digariskan dalam lapan Domain Hasil Pembelajaran (DHP) Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).
Sejajar dengan pendekatan pendidikan ini, maka tugasan pentaksiran serta aktiviti pembelajaran perlu disepadukan dengan hasil yang dihasratkan oleh kursus tersebut.
Rujukan: | |