PERKHIDMATAN


Anugerah Inovasi PdP Bitara UPSI

Kategori: Unit Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Diterbitkan: Isnin, 06 Ogos 2018
Ditulis oleh Super User

   
Pengenalan
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada kakitangan akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang gigih memperkenalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang kreatif dan inovatif serta berjaya melaksanakan konsep kesarjanaan dalam pembelajaran dan pengajaran mereka.
   
Objektif program:
1.1 Mengiktiraf kecemerlangan pengajaran akademia.
1.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan akademik UPSI berkaitan teknik atau pendekatan inovasi pembelajaran dan pengajaran.
1.3 Menyebarluas dan berkongsi amalan terbaik inovasi PdP.
1.4 Menggalakkan pembudayaan penggunaan teknologi dan inovasi dalam PdP.
   
   

Kursus PdP Pensyarah Darul Quran

Kategori: Unit Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017
Ditulis oleh Super User

Maklumat Kursus PdP Pensyarah Darul Quran

Sesi Perkongsian Ilmu

Kategori: Unit Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017
Ditulis oleh Super User

 

1. SESI PERKONGSIAN ILMU : SIRI T-TALK

Siri forum T-Talk adalah satu rakaman bual bicara di mana para kakitangan akademik yang berprestasi tinggi dalam PdP berkongsi ilmu berkenaan dengan amalan PdP, inovasi dan daya kreativiti serta pandangan mereka terhadap sistem PdP di UPSI.


2. SESI PERKONGSIAN ILMU : SIRI SYARAHAN MALIM

Dalam memartabatkan nilai cinta ilmu yang terkandung di dalam nilai BITARA UPSI, Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Siri Syarahan Malim. Majlis ini merupakan majlis perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran daripada ahli akademik pakar bidang UPSI atau universiti/institusi luar kepada komuniti setempat. Majlis ini dianjurkan hasil kerjasama antara Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) dengan fakulti-fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

SCAP (BM)

Kategori: Unit Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017
Ditulis oleh Super User

 

Strengthening Capacity Academia Programme (SCAP) adalah program pembangunan profesional dan bakat yang berterusan dan berkesan di dalam mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan kesarjanaan kakitangan akademik UPSI. SCAP terdiri daripada empat (4) kluster iaitu Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), Penyelidikan Penerbitan dan Inovasi, Kepimpinan Akademik dan Outreach.

Visi SCAP
Untuk membangunkan kumpulan ahli akademik yang berbakat dan berbagai untuk menjadi sarjana yang efektif.

Misi SCAP
Untuk menyediakan latihan khusus bagi keperluan individu profesional dari pelbagai disiplin di UPSI, mengikut model praktis kontemporari terbaik bagi trend semasa dan masa hadapan dalam pembelajaran dan pengajaran; penyelidikan, penerbitan dan inovasi; kepimpinan akademik dan outreach.

Anugerah Akademik

Kategori: Unit Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Diterbitkan: Jumaat, 15 September 2017
Ditulis oleh zetty


ANUGERAH PENGAJARAN DAN ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Staf bagi mengiktiraf dan menghargai komitmen dan pencapaian cemerlang kakitangan di UPSI. Pencalonan anugerah terbuka kepada semua kakitangan UPSI mengikut kategori dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pada tahun 2013, Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) telah diamanahkan untuk mengendalikan pemilihan penerima Anugerah Pengajaran, Anugerah Ahli Akademik Harapan dan Anugerah Tokoh Akademik bersempena Anugerah Kecemerlangan Staf UPSI. Bermula pada tahun 2014, BPAQ hanya mengendalikan pemilihan penerima Anugerah Pengajaran, dan Anugerah Ahli Akademik Harapan manakala proses pemilihan penerima Anugerah Tokoh Akademik telah diambil alih oleh Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA).

Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh BPAQ bagi memberi pendedahan dan membantu calon-calon penerima anugerah bagi menyediakan dokumen-dokumen yang perlu untuk menyertai majlis anugerah ini.



PENCAPAIAN UPSI DI MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK NEGARA


Dr Lee Ai Choo

Pensyarah daripada Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj) ini telah terpilih untuk menerima Anugerah Pengajaran bersempena Anugerah Akademik Negara (AAN) 2009 & 2010. Beliau menerima anugerah tersebut bagi Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan.

Dr Lee Ai Choo merupakan pemegang PhD dalam bidang Sains Rehabilitasi dari University of Alberta, Kanada dan menjadi wanita Malaysia pertama memiliki kepakaran dalam bidang Sains Rehabilitasi. Penerimaan anugerah tersebut secara tidak langsung telah menjulang nama UPSI dan meletakkan UPSI sebagai universiti pertama di Malaysia yang menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Rehabilitasi Sukan.
Pengalaman beliau yang luas di sekolah menjadikan beliau seorang pensyarah yang kreatif dan inovatif serta lebih realistik dalam mendidik bakal-bakal guru dalam bidang Pendidikan Jasmani, Sains Sukan, dan Sains Kejurulatihan.

Lebih banyak artikel..

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan.

 

 

© Hakcipta 2017 Pusat Pembangunan Akademik
Paparan terbaik menggunakan Mozilla 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-4506457/ 6458 | Faks : 05-4594645

 

 Links: