PERKHIDMATAN

      

Unit Pentadbiran Dan Kewangan

Kategori: Uncategorised Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 Ditulis oleh zetty


Unit Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab terus kepada Pengarah PPA mengendalikan tugas-tugas mengurus sumber manusia, kewangan, melaksanakan aktiviti-aktiviti kualiti dan menjalankan tugas-tugas pentadbiran harian Pejabat Am PPA.

Di samping itu, Unit ini juga memberi khidmat membantu Unit-Unit lain di PPA dalam menyediakan kemudahan untuk seminar/bengkel yang dikendalikan oleh Unit-Unit berkenaan. Unit ini terdiri daripada seorang Timbalan Pendaftar, sorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).

Fungsi Utama:

1. Pengurusan pentadbiran am Pusat Pembangunan Akademik yang merangkumi perkara-perkara berikut:-
    a) Cuti;
    b) Kehadiran;
    c) Latihan;
    d) SKT & LNPT;
    e) Sistem Fail Jabatan;
    f) Laporan Tahunan;
    g) Laporan Pengurusan Risiko;
    h) Laporan Integriti;
    i) Piagam Pelanggan;
    j) Aduan & Maklum Balas Pelanggan;
    k) Laman Web Jabatan;
    l) Tempahan Kemudahan Jabatan;
    m) Penyelenggaraan; dan 
    n) Lain-lain yang berkaitan.

2. Pengurusan kewangan PPA yang merangkumi perkara-perkara berikut:-
    a) Pengurusan bajet (Mengurus & One Off);
    b) Perolehan;
    c) Terimaan wang;
    d) Pembayaran;
    e) Aset & Inventori;
    f) Panjar Wang Runcit;
    g) Stor Jabatan;
    h) Pelupusan;
    i) Pengauditan kewangan;
    j) Lain-lain yang berkaitan.

3. Pengurusan pembangunan Sistem HELMs.

4. Pengurusan pembangunan prasarana dan kemudahan PPA.




Jumlah paparan: 203

Hubungi Kami

 

Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Aras 3, Bangunan Canselori,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
   

Links: