PERKHIDMATAN


Pengisian Penilaian Pembelajaran

Kategori: HELMS
Diterbitkan: Isnin, 06 Ogos 2018
Ditulis oleh Super User


  

Bagi program Diploma semester 2 Sesi 2018/2019 (E182), sejumlah 173 kursus ditawarkan termasuk kursus Praktikum.

Pengisian Penilaian Pembelajaran oleh pelajar bagi Program Diploma Semester 2 Sesi 2018/2019 (E182) akan dibuka mulai  28 Januari sehingga 17 Mac 2019.
Pelajar yang berada pada semester 5 dan ke atas perlu juga mengisi kajian Tinjauan Tamat Pengajian.

Kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan slip menduduki peperiksaan akhir tidak boleh dicetak.



Tinjauan Tamat Pengajian

Kategori: HELMS
Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017
Ditulis oleh Super User


Pengenalan
Kajian Tinjauan Tamat Pengajian (Exit Survey) merupakan kajian yang dijalankan bagi mendapat maklumbalas aspek kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pusat tanggungjawab (PTj) yang berkaitan sepanjang tempoh pengajian pelajar di UPSI. Ia dilaksanakan ke atas pelajar semester akhir program pengajian.

Objektif

● Memberikan satu mekanisma petunjuk kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PTj yang berkaitan.
● Membantu PTj membuat penambahbaikan ke arah pengurusan universiti yang lebih baik.

Rancangan Instruksional

Kategori: HELMS
Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017
Ditulis oleh Super User

 

Pengenalan
Rancangan Instruksional (RI) merupakan rancangan yang disusun oleh staf akademik untuk menjalankan PdP berdasarkan kursus yang menjadi tanggungjawabnya. Dokumen RI ini mengandungi maklumat secara terperinci bagi sesuatu kursus yang ditawarkan dan perkara–perkara yang berkaitan dengannya. Tujuan RI adalah sebagai penerangan prilaku yang hendak dicapai atau yang dapat dilakukan oleh pelajar sesuai dengan kompetensi mereka.

Objektif

● Memastikan proses PdP yang disusun adalah mengikut kursus yang ditawarkan.
● Memastikan kompitensi penerangan yang disampaikan adalah sesuai dan dapat dicapai oleh pelajar.
● Memastikan RI yang disediakan adalah mengikut RK yang terkini.

Pemantauan Minggu Ke-8

Kategori: HELMS
Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017
Ditulis oleh Super User


Pengenalan
Pada setiap minggu ke-8 pengkuliahan pada setiap semester, pensyarah bagi setiap kursus perlu memantau pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pemantauan boleh dibuat melalui sistem pemantauan minggu ke-8 pengkuliahan secara dalam talian melalui Portal MyGuru.

Objektif

Membantu pensyarah memantau perjalanan kursus dari aspek kedatangan pelajar, prestasi akademik pelajar, proses keseluruhan PdP dan kemahiran insaniah pelajar dengan lebih sistematik.

Pemantauan Hasil Pembelajaran Kursus (CLOM)

Kategori: HELMS
Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017
Ditulis oleh Super User


Pengenalan

Salah satu keperluan akreditasi MQA adalah penambahbaikan kualiti secara berterusan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengorak langkah dalam memantau program pengajian di UPSI dengan mendapatkan petunjuk prestasi kepada pencapaian hasil pembelajaran program melalui pencapaian hasil pembelajaran kursus. Sistem CLOM (Course Learning Outcomes Monitoring) telah diperkenalkan mulai Semester 1 Sesi 2010/2011 untuk menilai hasil pembelajaran kursus. CLOM memberikan indeks pencapaian bagi setiap hasil pembelajaran sesuatu kursus dan juga indeks keseluruhan bagi kursus tersebut.


Objektif

● Memberikan satu mekanisma petunjuk prestasi kepada pencapaian hasil pembelajaran kursus dan seterusnya program.
● Membantu pihak-pihak tertentu seperti fakulti dan jabatan untuk memantau dan menyemak semula penjajaran konstruktif PdP ke arah pencapaian hasil pembelajaran kursus yang lebih baik.

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan.

 

 

© Hakcipta 2017 Pusat Pembangunan Akademik
Paparan terbaik menggunakan Mozilla 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-4506457/ 6458 | Faks : 05-4594645

 

 Links: