• Kod Etika Pakaian Staf UPSI
  • Amanat Naib Canselor UPSI 2018
  • Sesi Perkongsian Penerima Anugerah Akademik Negara Ke-10
  • Sila klik imej untuk maklumat lanjut

PERKHIDMATAN

           

Penjajaran Konstruktif

Kategori: HELMS Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017 Ditulis oleh Super User

Pengenalan  

Penjajaran konstruktif merujuk kepada prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta tugasan pentaksiran yang mengaitkan secara langsung hasil pembelajaran yang ingin dicapai dengan cara tidak lazim yang biasanya tidak boleh dicapai melalui kuliah tradisional, kelas tutorial dan peperiksaan.
Memupuk graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang memerlukan transformasi serta anjakan minda dari segi reka bentuk kurikulum, aktiviti pembelajaran serta juga bentuk tugasan yang digunakan untuk pentaksiran.

Pendekatan pendidikan yang diamalkan di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia perlulah lebih menekankan kepada hasil pembelajaran yang menjurus kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran, adab
dan sikap seperti yang digariskan dalam  lapan Domain Hasil Pembelajaran (DHP) Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).

Sejajar dengan pendekatan pendidikan ini, maka tugasan pentaksiran serta aktiviti pembelajaran perlu disepadukan dengan hasil yang dihasratkan oleh kursus tersebut.

Rujukan:
 
 

 

Jumlah paparan: 174

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan.

 

 

© Hakcipta 2017 Pusat Pembangunan Akademik
Paparan terbaik menggunakan Mozilla 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-4506457/ 6458 | Faks : 05-4594645

 

 Links: