• Kod Etika Pakaian Staf UPSI
  • Sila klik imej untuk maklumat lanjut
  • Amanat Naib Canselor UPSI 2018

PERKHIDMATAN


Pengisian Penilaian Pembelajaran

Kategori: HELMS
Diterbitkan: Isnin, 06 Ogos 2018
Ditulis oleh Super User


  

Pengisian Penilaian Pembelajaran oleh pelajar bagi Program Diploma Semester 1 Sesi 2018/2019 (E181) akan dibuka mulai  3 September sehingga 21 Oktober 2018.
Bagi pelajar semester 5 dan ke atas, anda juga perlu mengisi kajian Tinjauan Tamat Pengajian.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelajar tidak boleh mencetak slip menduduki peperiksaan akhir.



Penjajaran Konstruktif

Kategori: HELMS
Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017
Ditulis oleh Super User

Pengenalan  

Penjajaran konstruktif merujuk kepada prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta tugasan pentaksiran yang mengaitkan secara langsung hasil pembelajaran yang ingin dicapai dengan cara tidak lazim yang biasanya tidak boleh dicapai melalui kuliah tradisional, kelas tutorial dan peperiksaan. Memupuk graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang memerlukan transformasi serta anjakan minda dari segi reka bentuk kurikulum, aktiviti pembelajaran serta juga bentuk tugasan yang digunakan untuk pentaksiran.

Pendekatan pendidikan yang diamalkan di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia perlulah lebih menekankan kepada hasil pembelajaran yang menjurus kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran, adab dan sikap seperti yang digariskan dalam  lapan Domain Hasil Pembelajaran (DHP) Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).

Sejajar dengan pendekatan pendidikan ini, maka tugasan pentaksiran serta aktiviti pembelajaran perlu disepadukan dengan hasil yang dihasratkan oleh kursus tersebut.

Rujukan:
   
   

 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan.

 

 

© Hakcipta 2017 Pusat Pembangunan Akademik
Paparan terbaik menggunakan Mozilla 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-4506457/ 6458 | Faks : 05-4594645

 

 Links: