Saturday, 23 September 2017

MS ISO 9001:2008 Implementation Background

Pusat Penjaminan Kualiti (PPQ) di bawah pimpinan Pengarah, Prof. Madya Mohd Taib Ariffin telah diberi tanggungjawab oleh Naib Canselor untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 di UPSI pada tahun 2004 dan amanat ini diteruskan oleh Pengarah PPQ yang ketiga iaitu Prof. Dr. Nagendralingan Ratnavadivel. Naib Canselor Y. Bhg. Datuk Dr. Muhammad Rais bin Abdul Karim yang merupakan antara 'orang kuat' dalam pelaksanaan sistem MS ISO 9001:200 di MAMPU sudah pasti mahu UPSI di bawah pimpinannya juga berjaya mendapat persijilan MS ISO 9001:2000.

Peringkat awal pelaksanaan, PPQ telah melantik Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) sebagai konsultan bagi membantu UPSI dalam proses pelalsanaan ini. Usaha pertama PPQ ialah dengan mengadakan Bengkel MS ISO 9001:2000 pada 26-29 September 2006. Bengkel diadakan sebagai pendedahan dan latihan asas kepada semua ahli Jawatankuasa Kerja Kualiti UPSI yang dilantik dan telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Naib Canselor. Siri-siri bengkel telah diadakan sepanjang tahun 2004, 2005 dan 2006 kepada semua ahli yang terlibat bagi memastikan sistem ini berjaya oleh pihak NPC, konsultan luar dan beberapa orang Sekretariat PPQ yang terlatih.

Dua jawatankuasa telah ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan sistem ini berjaya iaitu pertama Jawatankuasa Induk Kualiti (JKIK) dianggotai oleh Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Pengarah JPPHB, Dekan-Dekan dan beberapa orang Pengarah PTj, Pengarah PPQ sebagai Wakil Pengurusan Naib Canselor dan Naib Canselor sendiri sebagai Pengerusi. Kedua ialah Jawatankuasa Kerja Kualiti (JKKK) UPSI telah ditubuhkan dan dianggotai oleh Timbalan Dekan atau Timbalan Pengarah sebagai Pegawai Kawalan Dokumen PTj. Beberapa orang pensyarah dan pegawai pengurusan dan profesional telah dilantik dan dilatih oleh pihak konsultan untuk menjadi Juruaudit Dalam MS ISO 9001:2000 dan kumpulan ini sentiasa diberi latihan oleh pihak PPQ bagi memantapkan kemahiran mengaudit.

Skop persijilan MS ISO 9001:2000 adalah merujuk kepada proses-proses utama yang dilakukan oleh UPSI iaitu:

 - Pembangunan dan Pembentukan Program Pendidikan, dan Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sarjana Muda
 - Pengurusan Penyelidikan
 - Perkhidmatan Penerbitan untuk UPSI

Sebanyak 23 Pusat Tanggungjawab yang terdiri antaranya ialah Fakulti-fakulti, Jabatan Bendahari, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Akademik dan PPQ sebagai urus setia utama terlibat dalam proses pelaksanaan ini. Pada awal tahun 2006, lawatan audit dalam MS ISO 9001:2000 telah dijalankan sebanyak dua kali oleh Juruaudit Dalam sebelum lawatan Compliance Audit dilakukan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 26 hingga 28 Jun 2006. Pada mesyuarat penutup Compliance Audit, pihak Juruaudit telah memutuskan bahawa UPSI layak mendapat persijilan MS ISO 9001:2000 untuk ketiga-tiga proses yang dilaksanakan. Seterusnya pada 4 Ogos 2006, pihak UPSI telah menerima Sijil Pendaftaran Kualiti MS ISO 9001:2000 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Tempoh persijilan yang diperolehi adalah sah sehingga 3 Ogos 2009.

Awal tahun 2009, pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd telah meminta semua syarikat dan organisasi yang mempunyai persijilan MS ISO 9001:2000 untuk bertukar kepada versi baru iaitu MS ISO 9001:2008. Versi baru ini merupakan penambahbaikan daripada versi lama di mana aspek keperluan pelanggan dan 'outsource' lebih ditekankan. Memandangkan tempoh persijilan akan tamat pada Ogos 2009, UPSI bersetuju untuk auditan pada bulan Julai 2009, juruaudit menggunakan versi ISO 9001:2008 untuk menjalankan auditan. Sekali lagi UPSI telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008 tanpa sebarang penemuan ketidakpatuhan. Tempoh persijilan untuk versi terkini ini adalah untuk tempoh tiga tahun.

INTERNAL LINKS

  

  

 

CONTACT US

Contact us:
Department of Academic Development & Quality,
Level 3, Chancellory Building,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +6 05-4506457/ 6458
Fax: +6 05-4594645

SOCIAL MEDIA